MUSIM Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini ramai memilih untuk bercucuk tanam bagi mengisi masa terluang.
Namun, bila dah penat bercucuk tanam, sekali semua hasilnya kena makan dengan siput.
Siput babi atau nama saintifiknya Achatina Fulica juga dipanggil dengan mesra sebagai siput taman.
Aduhai! Sebelum korang hilang sabar dengan semua siput yang ada dekat taman atau kebun tu, mari kita tengok petua-petua yang ada untuk menghalau dan mengatasi masalah siput korang.
2) Pasang perangkap siput
Tak sangka siput pun boleh ada perangkap kan? Korang jangan pergi ambil perangkap tikus pula ya nak tangkap siput ni.
Caranya pun mudah sangat dan anda boleh buat sendiri saja.
Ikut saja langkah-langkah di bawah ni untuk membuat perangkap siput:
- Pertama sekali, isikan air ke dalam satu bekas (boleh guna baldi kecil).
- Campurkan jus anggur cordial atau perahkan buah anggur.
- Campurkan ½ sudu kecil yis.
- Campurkan 1 sudu besar gula.
- Letakkan bekas dengan campuran tu semalaman di halaman rumah.
- Keesokannya, cuba periksa bekas dan anda pasti akan jumpa siput-siput dekat dalam tu.
- Perangkap ni menjadi sebab siput akan tertarik dengan bau yis tu dan akan pergi memanjat bekas tersebut. Lepas tu, siput tu semua akan jatuh ke dalam bekas dan tenggelam di situ.
Satu cara lagi untuk memerangkap siput ialah dengan meletakkan tepung jagung ke dalam bekas yang rata dan letakkan kobis di situ.
Bila siput pergi untuk memakan kobis, ia akan terkena tepung jagung yang akan mengembang dan menyebabkan siput tu mati.
4) Kulit telur
Banyak juga serangga atau haiwan perosak yang tak sukakan kulit telur ni sebenarnya.
Pertama sekali, kena keringkan dulu kulit telur (boleh jemur bawah cahaya matahari atau letak je dalam oven sekejap).
Bila dah kering betul-betul, hancurkan kulit telur tersebut menjadi kepingan kecil-kecil supaya ada bucu dan sisi yang tajam. Lepas tu, boleh letakkan pada sekitar tanaman yang siput selalu serang.
Permukaan yang tajam ini biasanya tak akan disukai oleh siput dan mereka akan mengelakkan diri dari melalui kawasan tersebut.
Di samping itu, kulit telur boleh menjadi satu sumber bekalan kalsium kepada tanaman.
6) Haiwan pemangsa
Kehadiran siput boleh juga dihalang dengan memelihara atau membiarkan kehadiran haiwan lain yang merupakan pemangsa kepada siput.
Contohnya macam katak, kura-kura, mengkarung, itik, ayam, atau burung.
Tapi, korang kena ingat yang haiwan pemangsa ni pun boleh juga menyebabkan kerosakan kepada tanaman, jadi perlulah diawasi selalu, okay!
Baca juga Disebabkan PKP, Unifi TV tawar akses percuma sehingga 1 Februari
8) Selalu menggemburkan tanah
Aktiviti ini boleh menyebabkan telur-telur siput yang ada di dalam tanah terkeluar dan mati.
Di samping menyuburkan tanah dengan memberi pengudaraan yang baik kepada akar tanaman, ianya sekali gus boleh mengawal pembiakan siput yang tak disedari.
10) Racun siput
Racun siput ni boleh dibeli di kedai-kedai hardware saja, atau paling mudah, beli saja online.
Macam-macam jenis yang anda boleh cari seperti Siputox, Esaro, dan pelbagai lagi. Nasihat yang pakar, pilihlah mana-mana racun yang mempunyai review yang tinggi.
Macam-macam cara sebenarnya ada di luar sana untuk menghindari tanaman kita dari gangguan siput.
Secara jujurnya, korang perlu amalkan penjagaan berterusan untuk memastikan halaman dan tanaman anda sentiasa sihat dan bebas dari siput perosak.
Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.
Sumber: Propertyguru