Disebabkan PKP, Unifi TV tawar akses percuma sehingga 1 Februari

Disebabkan PKP, Unifi TV tawar akses percuma sehingga 1 Februari
Disebabkan PKP, Unifi TV tawar akses percuma sehingga 1 Februari
A
A
A

TERKINI, seluruh negara, kecuali Sarawak, akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas kerajaan turut menguatkuasakan perintah itu di Perak, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Pahang dan Terengganu mulai 22 Januari ini hingga 4 Februari depan.

Disebabkan oleh PKP yang dilaksanakan hampir setiap negeri, pengambilan kandungan digital juga dilihat meningkat mendadak dalam kalangan ramai pengguna.

Oleh demikian, beberapa perkhidmatan menawarkan akses secara percuma kepada pengguna bagi menghilangkan kebosanan mereka yang kini terpaksa duduk di rumah.

Penawaran seperti ini pernah dibuat oleh Astro yang mana mereka menawarkan akses percuma untuk beberapa saluran mereka pada masa-masa tertentu termasuk ketika awal PKP yang dilaksanakan pada Mac tahun lalu.

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan dari pihak Astro sama ada mereka akan menawarkan semula akses secara percuma tersebut pada PKP kali ini.

Namun begitu, terbaru, Telekom Malaysia (TM) melalui Unifi TV tidak menunggu lama untuk mengumumkan penawaran akses percuma tersebut.

Menurut kenyataan pihak Unifi di Twitter, Semua pelanggan Unifi TV dengan langganan residential broadband akan menerima akses percuma untuk beberapa saluran sehingga 1 Februari ini.

Akses percuma ini boleh dinikmati melalui aplikasi Unifi PlayTV dan juga kotak media yang disertakan untuk sejumlah pelanggan.

Namun begitu, pihak TM tidak menyenaraikan penuh saluran yang ditawarkan secara percuma tetapi apa yang dapat diperlihatkan melalui poster mereka di Twitter adalah beberapa saluran termasuk Unifi Sports, YuppTV, Cinema World, Boomerang, Nickleodeon, Tvn Movies, DreammWorks, BBC Earth dan beberapa saluran lain.

Unifi turut mengatakan yang beberapa saluran tidak terlibat dalam promosi percuma ini, kebanyakkannya melibatkan saluran Fox, National Geographic Channel, SCM Legend HD, Baby TV, Sky News HD, dan juga France24.

Bagi korang yang melanggan pakej internet berkelajuan tinggi Unifi di rumah, mungkin boleh menyemak kandungan informatif yang disediakan dan menambah pengetahuan korang pada tempoh ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca