'Cepatlah berakhir supaya mereka boleh ke sekolah seperti biasa'- Awal Ashaari

Iklan
awal scha lara

BERIKUTAN kes jangkitan virus Covid-19 yang mencatatkan trend peningkatan hari demi hari telah mendorong pihak kerajaan melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di beberapa buah negeri.

Berikutan pelaksanaan tersebut Kementerian Pendidikan (KPM) turut memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang dijadualkan bermula 20 Januari di seluruh negara ditangguhkan berikutan pandemik hari ini.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan, KPM memaklumkan telah melakukan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memutuskan beberapa perkara berkaitan operasi institusi pendidikan yang berada di bawah KPM.

Iklan

Pun demikian, tidak menafikan sesi pembelajaran PdPR yang dilakukan secara dalam talian (online) mempunyai pro dan kontra, tambahan pula dalam norma baharu laptop umpama menggantikan kelas fizikal.

[caption id="attachment_28220" width="1024"] BAHAGIA. Awal bersama isteri tercinta, Scha Alyahya dan anak sulung mereka, Lara Alana.[/caption]

Iklan

Situasi tersebut turut mendapat respon pengacara popular, Awal Ashaari yang mana anak perempuannya, Lara Alana tidak terkecuali menghadiri kelas online.

"Sedih sangat melihat budak sekarang terpaksa berdepan dengan kelas online.

[caption id="attachment_34595" width="846"] AWAL berkongsi gelagat Lara Alana yang belajar secara online menerusi laman sosial Instagramnya @awalashaari baru-baru ini.[/caption]

Pengacara Melodi tersebut turut menzahirkan kebimbangan sejauh mana kumpulan murid menyerap ilmu yang diajar oleh para guru.

"Ada yang terlentang, ada meniarap, ada melompat, ada yang menyanyi dan ada yang buat stunt.

[caption id="attachment_34597" width="1024"] AWAL berharap pandemik di negara ini segera berakhir semoga para pelajar dapat hadir ke sekolah meneruskan sesi pembelajaran seperti biasa.[/caption]

Dalam itu, Awal berdoa semoga pandemik tersebut segera berakhir dengan segera supaya golongan murid berpeluang hadir ke sekolah seperti biasa.

Direkodkan, Awal mendirikan rumah tangga bersama Scha pada 4 Mei 2012 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Lara Alana Ahmad Awaluddin.

Artikel berkaitanScha Tak Kisah Soal Jantina Anak, Tetap Ligat Walau Hamil

Kini Scha yang merupakan Juara Dewi Remaja 2005/06 sedang sarat mengandung anak kedua

[caption id="attachment_27556" width="1024"] PENAMPILAN Scha Alyahya kekal stailo dan elegan meskipun sarat hamil cahaya mata kedua.[/caption]