32 kakitangan Hospital Melaka positif Covid-19, namun jangan bimbang, jumlah kakitangan mencukupi

Iklan
32 kakitangan Hospital Melaka positif Covid-19, namun jangan bimbang, jumlah kakitangan mencukupi

WABAK Covid-19 semakin terus menular di negara kita.

Iklan
Iklan

Penularan yang sangat cepat pada gelombang ketiga ini amat membimbangkan semua pihak.

Begitu juga yang terjadi di Hospital Melaka apabila 32 kakitangan disahkan positif Covid-19.

Iklan

Namun, syukur hospital tersebut masih lagi mempunyai cukup kakitangan untuk mengendalikan operasinya termasuk kes Covid-19.

Menurut Exco Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman, hospital masih mempunyai kakitangan untuk menggantikan tempat kakitangan yang didapati positif itu.

Iklan

Portal tempatan melaporkan, sehingga 12 tengah hari kelmarin, sebanyak 168 individu yang merupakan kontak rapat yang dijangkiti telah disaring dengan 55 daripadanya masih belum mendapat keputusan.

Baca juga Capai hasrat bertemu rakan setugas, anggota polis hidap kanser rahang meninggal dunia

Kini Melaka mempunyai 15 kluster dan jumlah positif Covid-19 di negeri itu sehingga semalam ialah sebanyak 3,078 kes dengan 1,299 kes aktif dan lapan kematian direkodkan.

Sementara itu, dua pelajar Tingkatan Lima masing-masing daripada sekolah asrama di Bukit Piatu dan sekolah berasrama penuh di Jasin didapati positif Covid-19.

Terus patuhi SOP yang telah ditetapkan dan amalkan kawalan kendiri bagi memutuskan rangkaian Covid-19.