Warganet teruja, lelaki ini dedah cara pesan penghantaran ayam KFC saiz besar

Iklan
Warganet teruja, lelaki ini dedah cara pesan penghantaran ayam KFC saiz besar

SEWAKTU perintah kawalan pergerakan (PKP) ini, membuat tempahan melalui aplikasi perkhidmatan penghantaran makanan nampaknya jalan terbaik bagi mereka yang tidak sempat masak.

Iklan
Iklan

Jadi pesan sahaja! Dalam 30 minit makanan akan sampai di muka pintu rumah korang.

Ia amat memudahkan orang ramai untuk membeli makanan malah turut dapat mengurangkan risiko wabak Covid-19 yang melanda.

Iklan

Namun, kita sebagai pelanggan kadang-kadang merasa tidak puas hati dengan makanan yang dihantar.

Iklan

Menurutnya, dia menulis di bahagian 'Special Intruction' untuk mendapatkan ayam yang bersaiz besar.

Katanya, dia menulis"Ayam nak besar. Takde takpe, tapi Allah tahu kalau awak tipu", katanya.

Rupa-rupanya itu kaedah digunakan lelaki berkenaan untuk mendapatkan bahagian ayam yang besar.

Dan ternyata ia sangat berkesan kerana ayam KFC yang dipesan adalah bersaiz besar seperti yang diminta.

Baca juga 1000 set makanan, 100 kerusi roda, 200 tab, Ustaz Ebit hantar bantuan ke Sabah

Melihat foto yang dikongsi, rata-rata warganet dan pengikutnya teruja dan turut mahu lakukan perkara yang sama.

Bolehlah korang pula mencuba kat tempat korang, agak-agak dapat tak ya?