BARU-BARU ini, penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew telah menghadiahkan 100 tablet kepada pelajar yang memerlukan bagi mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Sumbangan itu bertujuan membantu pelajar mengikuti pembelajaran kelas secara dalam talian.

Tidak terhenti di situ, kini usahawan dan dermawan itu juga meneruskan misi bantuannya ke Sabah pula.

Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit membawa pelbagai kelengkapan untuk warga Sabah.

“Doakan ya. Misi bantuan ke Sabah. Saya bawa 1000 set makanan, 100 kerusi roda, 75 ribu keping pelitup muka, 200 buah Samsung Tab bagi kegunaan pelajar di sana yang benar-benar emerlukan.

“Terima kasih terharu sangat dengan My Jet Xpress dan Zen Aviation sponsor kapal untuk kami.

“Semoga Allah tambah rezeki buat MyJet. Terima kasih juga KLIA Kargo Airport yang beri caj percuma. Baik sangat semua,” tulisnya.

Ustaz Ebit hantar bantuan ke Sabah

Ustaz Ebit mengatakan hanya barang yang dihantar terlebih dahulu dan beliau akan berangkat esok.

“Saya hantar barang dulu. Flight saya dijadualkan lusa dengan MAS Airlines. Terima kasih tak terhingga juga Mas Airlines beri harga istimewa buat team kami. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaksanakan PdPR bermula 20 Januari bagi membolehkan sesi pembelajaran diteruskan meskipun negara masih berdepan penularan Covid-19 yang belum reda.

Iklan

Baca juga [VIDEO] Halau ular macam marah anak kucing, gelagat pemuda ini buat warganet terkesima

Iklan

Baru-baru ini juga tular di media sosial apabila video pendakwah kesayangan ramai itu tersenarai dalam sebuah artikel di forum Allkpop, iaitu sebuah portal rasmi untuk berita-berita berkenaan industri hiburan Korea.

Teruskan perjuangan Ustaz Ebit, kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat ustaz.