SELEPAS beberapa hari mendiamkan diri, pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar tampil mengakui kesilapan yang dilakukan.
Bahkan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar tidak menafikan bukan mudah untuk menjernihkan semula air yang keruh, namun sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan semula keluarganya.
"Setiap orang melakukan kesalahan… dan ini adalah kesalahan dan kesilapan saya.
"Ya, bukan senang dan bukan mudah untuk menjernihkan semula air yang telah keruh.
"Apa pun saya sanggup demi dapatkan balik keluarga dan kebahagian saya,” luahnya menerusi Instagram miliknya.
[caption id="attachment_35500" width="1024"] Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.[/caption]
Shuk turut berkongsi video yang menyaksikan dia bertemu dengan dua permata hatinya, Nur Qurratu Ain, 5, dan Nur Assyifatu Aimy, 2 tahun.
Rata-rata pengikut Instagramnya termasuk rakan selebriti turut memberi kata-kata semangat dan ada yang berharap Shuk benar-benar belajar daripada kesilapannya.
Baca Juga ‘Life Must Be Go On…’ – Isteri Shuk Kekal Positif, Kuat
Terdahulu kisah rumah tangga penyampai radio itu sekali lagi menjadi bualan hangat apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera mendedahkan kecurangannya bersama wanita lain menerusi media sosial pada Sabtu lalu.
Akibat daripada pendedahan itu, ramai mendesak agar khidmat Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung.
Dan pada Isnin lalu, Hot FM memaklumkan Shuk digantung serta merta buat sementara waktu.
[caption id="attachment_35501" width="1024"] Tugas Shuk sebagai penyampai radio Hot FM digantung serta merta sejak Isnin lalu.[/caption]
Baca Artikel berkenaan di sini Shuk Sahar Digantung Perkhidmatan Sebagai Penyampai Hot FM
Shuk dan Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.