Pegangan saham yang kecil bersama syarikat tenusu, ini respon ‘Boss Susu’

Iklan
Pegangan saham yang kecil bersama syarikat tenusu, ini respon ‘Boss Susu’

BEBERAPA hari lalu panas di laman sosial mengenai Boss Susu atau nama sebenarnya Azmi Zainal dan sebuah syarikat tenusu tempatan.

Iklan
Iklan

Terpanggil untuk menjawab perkara tersebut, Boss Susu tampil memberi respon di Facebook miliknya.

Mengakui pegangan saham yang kecil, menurutnya, mana mungkin orang yang berniaga di pasar malam pada mulanya mempunyai banyak wang.

Iklan

Pendedahan maklumat berkait pegangan syarikat pengeluar susu segar tempatan itu tular setelah Azmi Zainal membuat satu perkongsian di Facebooknya mengenai pengambilalihan sebuah kilang jem di Australia.

Iklan

Ia sekali gus mencetuskan perbincangan panjang mengenai status pemilikan syarikat tenusu yang mengeluarkan antara jenama pilihan ramai di Malaysia itu.

Katanya, walaupun hanya memiliki pegangan yang kecil dalam perusahaan berkenaan, Azmi bagaimanapun menjelaskan kejayaan terbesarnya memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada masyarakat tempatan.

Menerusi perkongsian itu, beliau turut menceritakan perjalanannya bersama Farm Fresh sejak 2016 dan kejayaan yang dibina sehingga menjadi sebuah jenama susu yang digeruni pesaing.

Beliau turut mencetuskan ilham program micropenuer yang dipanggil Home Dealer.

Baca juga "Nafas sesak! Doktor kata peluang amat tipis”- Dr Azizan kongsi Covid-19 hampir ragut nyawa

Azmi juga berbangga dengan perkara berkenaan.