SIAPA yang pernah merasa sambal tahun ni? Ada yang panggil sambal taon atau taun, boleh sahaja asalkan menu yang sama.
Sesiapa yang tidak tahan pedas, memang rugilah tak dapat merasa.
Jika sekali tengok ia kelihatan seperti masak lemak cili api namun kuah sambal tahun ini agak pekat sedikit.
Masakan ini juga apabila semakin dipanaskan akan menjadi semakin sebati dan sedap hasil kombinasi di antara santan dan lengkuas muda yang digunakan.
Ayuh kita cuba resipi sambal tahun menggunakan kulit lembu.
Bahan-bahannya;
Bahan A
- 1 kilo kulit lembu direbus dan dipotong nipis
- 1 cawan cili kampung/padi
- 3 cawan lengkuas muda (warna merah jambu) dihiris nipis
- 2 keping asam keping
- 3 cawan air
- Garam dan serbuk perasa
Bahan B (dikisar)
- 1/2 cawan udang kering
- 10 ulas bawng merah
- 6 ulas bawang putih
Bahan C
- Santan
Cara-cara membuatnya;
1. Campurkan bahan A dan B di dalam kuali. Masak sehingga lengkuas lembut.
2. Masukkan santan, kacau sehingga mendidih. Perlahankan api.
3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Siap dan boleh dihidangkan.
Cuba juga Roti canai garing sarat dengan inti, Liang Crispy Roll tampil sajian kontemporari unik
Menu ini lazat dinikmati bersama nasi putih atau dicicah ketupat mahupun jejemput.
Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.