WiFi percuma di 7 lokasi terpilih di Lembah Pantai, bantu pelajar untuk teruskan PdPR

Iklan
WiFi percuma di 7 lokasi terpilih di Lembah Pantai, bantu pelajar untuk teruskan PdPR

SEJAK kerajaan melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), pelbagai inisiatif dimulakan oleh wakil rakyat seluruh negara bagi mengurangkan jurang digital dalam kalangan pelajar.

Tambahan pula ia jelas kelihatan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang terpaksa dilaksanakan semula beberapa minggu lalu yang telah menyukarkan ramai pihak.

Iklan
Iklan

Seperti di Negeri Sembilan, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin Abu Bakar hari ini telah pun melancarkan program yang dikenali sebagai Digital Rembau.

Menerusi program Digital Rembau, tiga inisiatif utama yang diperkenalkan bertujuan melahirkan beberapa peluang baharu dalam mengharungi kehidupan dan menerima perubahan serta cabaran baharu menerusi transformasi digital.

Iklan

Artikel berkaitan : Abah KJ Lancar Program Digital Rembau, Laptop Percuma Diberi Untuk Pelajar Yang Memerlukan  

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turut tidak ketinggalan tampil dengan penawaran WiFi percuma di beberapa lokasi di Lembah Pantai.

Iklan

Menurut Fahmi, pada PKP yang lalu, ramai pelajar yang tidak mempunyai peranti seperti laptop, smartphone atau tablet yang bersesuaian malahan ramai juga yang hadapi masalah akses internet.

Menerusi inisiatif ini, perkhidmatan WiFi percuma boleh dinikmati oleh penduduk di tujuh lokasi seperti :

  • Dewan Orang Ramai, Flat Sri Pahang (TM)
  • PPR Kerinchi, PREPKOM blok A (TM)
  • Perumahan Pantai Permai (TM)
  • PPR Pantai Ria, PREPKOM blok C (TM)
  • PPR Kg Limau, PREPKOM blok 94 (TM)
  • PPR Sri Pantai, bilik Persatuan Penduduk (U Mobile)
  • Perumahan Awam Kg Kerinchi 1A (Maxis)

(PREPKOM ini dulu dikenali sebagai Dewan MINTS)

Semoga warga Lembah Pantai akan dapat memanfaatkan inisiatif itu sepenuhnya.