5 punca anak berubah jadi pemarah, pendendam. Mak ayah kena ambil perhatian

Iklan

DENDAM merupakan suatu perasaan yang lahir daripada rasa benci atau marah. Ia juga boleh daripada hasrat dengki atau ketidakpuasan hati.

Pun demikian, semua emosi itu seringkali dipendam secara rahsia oleh seseorang individu. Namun, dalam perpektif Islam, dendam itu adalah berdosa.

Iklan
Iklan

Dalam hal ini, mungkin ada di antara kita yang keliru dan ragu perbezaan di antara marah dan dendam.

Sebenarnya, menurut kajian psikologi, perasaan marah cuma boleh bertahan selama 4 minit 30 saat sahaja.

Iklan

Jadi, jika perasaan marah masih wujud melebihi tempoh tersebut, contohnya mencecah lebih sejam, tiga hari, dua bulan, setahun dan seterusnya, ia tergolong sebagai dendam.

Selari dengan keadaan sekarang, kita lihat ibu bapa dan anak-anak banyak menghabiskan masa di rumah.

Iklan

Pastinya ada sahaja ‘gangguan’ dan gurauan kenakalan anak kecil yang kadangkala menguji kesabaran.

Mengulas mengenainya Pegawai Perubatan, Dr Ahmad Luqman Bukhari berkata, ibu bapa kena tahu bahawa anak-anak juga tidak terlepas dengan situasi bertukar menjadi pendendam setelah dimarahi oleh ibu bapa.

[caption id="attachment_36225" width="1024"] Dr Ahmad Luqman Bukhari.[/caption]

Berikut adalah kaedah ibu bapa sekiranya ingin menegur dan mendidik anak tanpa melibatkan perasaan amarah yang melampau:

1) Marah yang tidak keterlaluan, sekadar untuk mendidik dan menasihati.

Jangan sesekali memarahi si kecil secara melampau. Cepat-cepat jauhkan diri daripada anak sekejap apabila ibu bapa merasakan tidak boleh mengawal emosi kemarahan itu kerana biasanya ibu bapa akan menyesal dengan tindakan yang dilakukan apabila sudah 'sejuk' nanti.

2. Jangan terlalu kerap marah anak.

Ibu bapa perlu tahu, kerap memarahi anak akan menyebabkan otak mereka terbiasa dengan kemarahan tersebut sehinggakan mereka sudah tidak kisah dan tidak akan mendengar cakap ibu bapa lagi. Ingat, jika hendak marah anak dengan berkesan, ibu bapa perlu memarahi mereka secara terkawal (jarang-jarang sekali).

3. Jangan kerap jerkah dan tengking si kecil.

Dalam apa situasi pun, anak yang kerap dijerkah dan ditengking ini, mindanya akan mula rasa terancam dan buatkan otak mereka menjadi lebih dominan. Hasilnya, anak akan perlahan-lahan berubah dan menjadi seorang yang perengus dan pemarah.

4. Anak juga punyai perasaan, jangan abaikan.

Jiwa anak yang suci boleh memahami sama ada kemarahan kita bertujuan untuk mendidik atau hanya ingin melepaskan tekanan. Sebelum memarahi mereka, ingatlah bahawa mereka juga manusia yang mempunyai perasaan sama dengan ibu bapa. Perasaan anak mungkin akan 'tercedera' dan mula berdendam jika ibu bapa tersalah niat dalam mendidiknya.

Baca juga Jangan pandai-pandai ambil ubat tahan sakit ponstan, ada kesan sampingan jika terlebih

5. Peluk, mohon maaf maaf pada anak selepas memarahinya.

Ibu bapa janganlah terlalu emosi sehingga boleh ‘menakutkan’ anak-anak. Jika perkara tersebut sudah terjadi tanpa sengaja, tidak mengapa. Segeralah peluk si comel dan meminta maaf kepadanya. Jangan lupa, beritahu mereka yang kita sangat sayangkan mereka dan tujuan anda marah adalah untuk membetulkan perkara yang salah sahaja.

Sehubungan itu, kepada ibu bapa di luar sana, marahlah dengan berhemah dan tidak melampau kerana si kecil akan faham bahawa ibu dan ayahnya memarahi mereka bukan kerana benci, sebaliknya untuk mendidik.