ZAMAN sekarang, jika terasa lapar dan mahu makan apa sahaja menu, tak perlu pergi jauh-jauh, semuanya ada di hujung jari.
Pelbagai aplikasi online sudah tersedia bagi memudahkan pengguna membeli makanan tanpa perlu pergi ke kedai.
Namun lain yang terjadi kepada seorang penghantar makanan ini.
Menerusi perkongsiannya di laman TikTok, dia yang menggunakan nama @khuzaimie_lemat atau dikenali Abang Panda itu berkongsi nasibnya ditipu pelanggan.
Sudahlah ditipu, tambah mengerikan apabila pelanggannya itu meminta supaya makanan dihantar di tempat perkuburan Cina.
Pesannya, jangan suka-suka mainkan penghantar makanan.
Baca juga Wanita dipercayai doktor maki pengguna jalan raya mohon maaf
Dalam video berasingan, Abang Panda memberitahu jika melakukan prank order perkara itu merugikan pelbagai pihak termasuk rider itu sendiri.
"Prank order ni sebenarnya di setiap negeri ada yang kena. biasanya fulltime rider macam aku lah!
"Apabila terkena nasib begitu, aku pun rugi sebab kami tunggu gaji bukan makanan. Syarikat juga turut dikenakan ganti rugi selain akaun individu yang membuat prank order ini juga akan di'ban'.
Jadi, korang semua manfaatkanlah penghantar makanan sebaiknya. Tidak perlu menganiayai rider seumpama itu.