Wanita dipercayai doktor maki pengguna jalan raya mohon maaf

A
A
A

SEKIRANYA sudah terbiasa memandu dan mematuhi undang-undang jalan raya, korang akan juga berdepan beberapa situasi di mana hak keutamaan jalan raya tidak dipatuhi oleh sesetengah pihak.

Ia sering kali diabaikan oleh mereka mungkin kerana dorongan perasaan ingin cepat sampai ke destinasi.

Namun, ada juga pemandu yang mempunyai perasaan ingin menunjukkan kehebatan kepada orang lain, sehingga terjadi atau hampir terlibat kemalangan yang tidak dingini.

Begitu juga yang terjadi semalam, tular di laman sosial sebuah video 'dash cam' daripada seorang pemandu memaparkan seorang wanita membuat pusingan-U di kawasan tidak sepatutnya.

Video yang dimuat naik oleh @Fadzmin dengan kapsyen bertulis "macam ini ke sahsiah seorang doktor? Lokasi di hospital Serdang. Cara dia uturn membahayakan orang lain dan melakukan provokasi yang melampau."

Tulisnya juga "wajar ke seorang doktor doakan orang kena Covid-19".

Difahamkan, pemandu wanita itu melakukan pusingan-U berhadapan simpang lampu trafik di Hospital Serdang, Selangor dan hampir bertembung dengan sebuah kenderaan lain.

Menerusi video tersebut, wanita itu turut memarahi pemandu yang merakam video tersebut dan mengeluarkan kata-kata kurang sopan.

Wanita dipercayai doktor maki pengguna jalan raya mohon maaf

Perkara berkenaan telah menarik perhatian banyak pihak termasuklah pihak Universiti Putra Malaysia.

Dalam satu kenyataan, UPM memandang serius berkenaan staf yang didakwa bertengkar kerana kesalahan lalu lintas itu dan mengatakan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau.

"Tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapka oleh warga UPM.

"Perkara ini sedang dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Wanita dipercayai doktor maki pengguna jalan raya mohon maaf

Baca juga Gigih berniaga jual air kelapa tepi jalan, kisah pakcik ini buat ramai sebak

Sehubungan itu, wanita berkenaan tampil memohon maaf daripada orang ramai melalui Instagramnya, @bahariahkhalid hari ni.

"Jika saya salah, saya mintak maaf. Jika saya betul, saya maafkan semua," tulisnya.

Di Instagram beliau turut memaparkan Dr Bahariah (Prof Madya) sebagai Pensyarah Perubatan di universiti tersebut.

Moga semuanya baik-baik sahaja selepas ini. Teruslah kita mengikut undang-undang jalan raya yang telah ditetapkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca