KERABU mangga, pauh atau pelam muda adalah resipi yang tak asing lagi sebagai hidangan sampingan.
Kerabu pelam muda mempunyai rasa yang masam, manis serta masin. Ia membuatkan sesiapa yang pernah mencuba pasti akan menggemarinya.
Selain dinikmati bersama nasi dan lauk-lauk lain, kerabu pelam muda ini juga sangat enak diratah begitu sahaja.
Lagipun bahan yang diperlukan untuk membuatnya sangat ringkas dan senang didapati.
Bahan - bahan;
- 3 biji pauh atau mangga sederhana besar
- 5 ulas bawang merah
- 1 sudu teh lada hitam
- 3 sudu besar kerisik
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- 2 tangkai cili padi dipotong serong
- 3/4 cawan santan yang diperah segar
- 3 ekor ikan kembung dibakar diambil isinya
Cara - cara membuatnya;
1. Pauh atau mangga dibuang kulit dan diparut. Ketepikan (boleh guna mangga jenis lain).
2. Bawang merah dan lada hitam ditumbuk halus.
3. Masukkan isi ikan yang dibuang tulang ke dalam bahan tumbuk dan tumbuk lagi sehingga lumat.
4. Dalam satu bekas, gaul bersama bahan tumbuk dan kerisik. masukkan mangga yang diparut dan gaul hingga sebati.
5. Kemudian masukkan santan dan perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Tabur cili padi yang dah dipotong. Siap untuk dihidangkan.
Untuk rasa lebih sedap, perah jus limau nipis sekiranya mangga tak masam. Jika mahu kerabu yang lebih kering, kurangkan penggunaan santan.
Cuba juga Wajib cili banyak, penggemar pedas rugi tak cuba sambal tahun tradisi Jawa
Semoga bermanfaat!
Sumber : Wani Sukarno