Wajib cili banyak, penggemar pedas rugi tak cuba sambal tahun tradisi Jawa

A
A
A

SIAPA yang pernah merasa sambal tahun ni? Ada yang panggil sambal taon atau taun, boleh sahaja asalkan menu yang sama.

Sambal tahun merupakan makanan tradisi orang Jawa. Masakan ini memang sangat pedas hasil jumlah cili yang digunakan yang sangat banyak.

Sesiapa yang tidak tahan pedas, memang rugilah tak dapat merasa.

Jika sekali tengok ia kelihatan seperti masak lemak cili api namun kuah sambal tahun ini agak pekat sedikit.

Jika ditanya kenapa namanya dikenali sedemikian, mengikut sejarah orang dulu-dulu masakan sambal tahun ini boleh bertahan agak lama diibaratkan macam bertahun-tahun. Namun ia diibaratkan sahaja.

Masakan ini juga apabila semakin dipanaskan akan menjadi semakin sebati dan sedap hasil kombinasi di antara santan dan lengkuas muda yang digunakan.

Ayuh kita cuba resipi sambal tahun menggunakan kulit lembu.

Bahan-bahannya;

Bahan A

  • 1 kilo kulit lembu direbus dan dipotong nipis
  • 1 cawan cili kampung/padi
  • 3 cawan lengkuas muda (warna merah jambu) dihiris nipis
  • 2 keping asam keping
  • 3 cawan air
  • Garam dan serbuk perasa

Bahan B (dikisar)

  • 1/2 cawan udang kering
  • 10 ulas bawng merah
  • 6 ulas bawang putih

Bahan C

  • Santan

Wajib cili banyak, penggemar pedas rugi tak cuba sambal tahun tradisi Jawa

Cara-cara membuatnya;

1. Campurkan bahan A dan B di dalam kuali. Masak sehingga lengkuas lembut.

2. Masukkan santan, kacau sehingga mendidih. Perlahankan api.

3. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Siap dan boleh dihidangkan.

Cuba juga Roti canai garing sarat dengan inti, Liang Crispy Roll tampil sajian kontemporari unik

Menu ini lazat dinikmati bersama nasi putih atau dicicah ketupat mahupun jejemput.

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca