KES buli di jalan raya tidak pernah kehabisan, semakin hari kian menjadi-jadi sehingga mengundang pergaduhan serta kematian.
Golongan tidak bertanggungjawab itu sering menimbulkan masalah kepada pengguna-pengguna jalan raya yang lain.
Masalah ini berlaku kerana sikap masing-masing yang seakan-akan tidak pandai bersabar.
Selain daripada menjadi punca kesesakan lalu lintas, masalah ini juga boleh membawa kepada kemudaratan lain seperti kerosakan harta benda.
Kes buli ini juga sering kali dikaitkan dengan wanita sebagai mangsa.
Perlu juga difahami bahawa sikap sesetengah pemandu di Malaysia yang sangat tipikal dan mementingkan diri sendiri.
Dengan itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan garis panduan mengenai apa tindakan yang perlu dilakukan sekiranya berhadapan dengan pembuli jalan raya.
1. Beri ruang atau jalan kepada pemandu kenderaan tersebut sekiranya ingin memotong kenderaan korang.
2. Jaga emosi dan elakkan daripada membalas pandangan mata atau melakukan pergerakan tangan tidak elok.
3. Jaga jarak kenderaan dan jangan mengekori kenderaan tersebut dengan jarak yang berdekatan.
4. Buat laporan polis dengan membawa bukti seperti rakaman dash cam (rakaman video berkenaan).
Baca juga Wira datang menyelamat! Chong Wei beri sumbangan 50 buah tablet khas untuk kegunaan pelajar
Jadi, berhati-hatilah memandu di jalan raya, ingatlah orang tersayang.