SEJAK kerajaan melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), pelbagai inisiatif dimulakan oleh wakil rakyat seluruh negara bagi mengurangkan jurang digital dalam kalangan pelajar.

Ada yang menawarkan WiFi, laptop dan tablet percuma kepada golongan yang memerlukan supaya mereka tidak tercicir dalam pelajaran seperti pelajar-pelajar lain.

Turut tidak ketinggalan untuk menyumbang bakti, Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei juga dilporkan bakal menyumbangkan 50 buah tablet khas bagi kegunaan pelajar kurang berkemampuan di Parlimen Bukit Mertajam.

Wira datang menyelamat! Chong Wei beri sumbangan 50 buah tablet khas untuk kegunaan pelajar

Ahli Parlimen Bikit Mertajam, Steven Sim Chee Keong berkongsi perkara tersebut di laman Facebook miliknya kepada umum sebentar tadi.

Menurut hantaran tersebut, Chong Wei memaklumkan hasrat beliau kepada Steven menerusi satu panggilan telefon pada semalam sejurus selepas beliau mendapat tahu mengenai program “Asal Cek Mau Pi Sekolah” yang diusahakan oleh Ahli Parlimen itu.

Iklan

“Wira kita datang menyelamat! Semalam Chong Wei call saya setelah mendapat tahu tentang program Asal Cek Mau Pi Sekolah.

“Kami sempat berbual-bual tentang keluarga masing-masing, kesihatan dan sektor sukan negara.

“Sukacita saya memaklumkan Chong Wei sihat bersama keluarganya.

“Berita baik daripada wira kesayangan kita: Chong Wei akan taja 50 buah tablet Samsung Tab A8 untuk program Asal Cek Mau Pi Sekolah!

“Terima kasih yang amat sangat. Anda memang wira di dalam dan di luar gelanggang. Kam siah!

“Sedih tak dapat beraya bersama Chong Wei tahun ini. Apa-apapun, take care bro,” tulisnya di Facebook

Menurut Steven, tablet sumbangan Chong Wei itu akan diserahkan kepada keluarga yang tidak berkemampuan bagi kegunaan pembelajaran dalam talian.

Sabagai info, program “Asal Cek Mau Pi Sekolah” itu dilancarkan pada 24 Januari lalu bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Bukit Mertajam.

Iklan

Program itu menawarkan bantuan seperti perkhidmatan fotokopi kerja rumah percuma, tambah nilai data internet, kelas bimbingan dalam talian percuma, program anak angkat Ahli Parlimen Bukit Mertajam dan komputer riba percuma.

Tahniah Chong Wei! Semoga usaha yang dibuat dapat memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Wira kita datang menyelamat!

Semalam Chong Wei call saya setelah mendapat tahu tentang program Asal Cek Mau Pi…

Posted by Steven Sim on Thursday, 4 February 2021