BERPISAH atau berjauhan dengan insan tercinta amat perit. Tambah lagi jika dengan darah daging sendiri, tiada kata yang boleh diungkapkan.
Tiada ibu ayah yang sanggup berpisah dengan anak-anak. Namun apabila keadaan yang terpaksa berbuat demikian, tiada pilihan.
Sayunya hati bila berjauhan dengan anak tersayang. Sedih, rindu dan terbayang-bayang keletah anakanda tersayang.
Begitulah yang terjadi kepada seorang kanak-kanak ini yang terpaksa menanggung rindu terhadap ibunya.
Difahamkan, ibunya sedang bekerja dan tidak dapat pulang ke rumah. Si ibu menggunakan khidmat ‘surprise delivery’ memberikan hadiah kepadanya.
Semasa menghantar hadiah tersebut, perakam video meminta kanak-kanak yang dikenali sebagai Imran itu membaca nota yang dikirimkan ibu tercinta.
Pada mulanya, Imran kelihatan tenang sahaja namun akhirnya mutiara jernihnya jatuh jua di saat ibu memohon maaf.
Kanak-kanak seusia itu, tidak pandai menutur bicara rindu kepada ibu hanya mampu mengalirkan air mata.
Namun kelihatan juga Imran menutup wajahnya ketika menangis. Jelas kelihatan kanak-kanak itu terlampau rindu terhadap ibunya.
Baca juga Ustaz Ebit terharu jumpa TMJ, dilayan macam kawan
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat Imran.