Ustaz Ebit terharu jumpa TMJ, dilayan macam kawan

A
A
A

PENDAKWAH bebas terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Ebit melahirkan rasa terharu apabila Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) berkenan menerima mengadap dirinya hari ini.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ustaz Ebit kepada umum di laman Facebook dan Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa keping gambar beliau bersama TMJ yang dipercayai dalam perkarangan Istana.

“Sebak dapat berjumpa TMJ. Terharu Tuanku memberi kata semangat dan mendoakan. Tuanku hadiahkan RM200,000 bagi misi saya. Tuanku juga ingin taja semua ‘team’ saya pergi umrah. Insya-Allah akan bersama Tuanku dalam kembara Johor.

“Ya Allah TMJ sangat baik. Tunku kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan,” tulisnya di Facebook.

Ustaz Ebit terharu jumpa TMJ, dilayan macam kawan

Tambah Ustaz Ebit lagi, baginda Tunku juga kerap memberi semangat kepadanya sejak mula beliau melakukan kerja kebajikan.

“Saya malu sangat. Terharu dengan akhlak dan sifat keperibadian TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan sedangkan saya orang biasa sahaja.

“Kami selalu bermesej juga. Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka.

Ustaz Ebit terharu jumpa TMJ, dilayan macam kawan

“Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Teruskan bantu rakyat walaupun saya sedar usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha baginda Tunku.

“Menjunjung kasih Tunku. InsyaAllah Tuanku juga tawarkan untuk membantu segala misi saya pada masa akan datang.

“Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami,” pohon Ebit.

Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. @hrhcrownprinceofjohor . Tunku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi...

Posted by Ebit Lew on Friday, 5 February 2021

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca