'Berat badan saya turun 10kg dalam jangka masa seminggu lebih saja'      

Iklan

"Pada awalnya, badan saya tiba-tiba bertukar menjadi sangat lemah dan hilang selera makan. Lebih menakutkan lagi, berat badan turun jatuh dengan mendadaknya iaitu hampir mencapai 10 kilogram (kg) hanya dalam jangka masa satu minggu lebih sahaja."

Demikian pengakuan ikhlas seorang pesakit vaskulitis, Rosli Khairullah, 51, yang disahkan mengalami penyakit tersebut beberapa bulan lalu.

Iklan
Iklan

Ujar Rosli, beliau tidak mahu orang lain mencontohinya kerana beliau antara pesakit yang lambat mendapatkan rawatan.

Iklan

Ujar lelaki itu, beliau juga kerap berasa sakit kepala, sakit pada sendi kaki dan tangan serta demam selain kulitnya dipenuhi dengan ruam (kecil) berwarna kemerah-merahan.

Iklan

"Saya jadi keliru ketika itu. Setelah ujian darah dilakukan, akhirnya doktor memaklumkan bahawa saya disahkan mempunyai masalah vaskulitis iaitu penyakit yang berkaitan dengan keradangan darah.

Beliau juga secara berkala akan membuat pemeriksaan dengan doktor mengikut jadual yang telah disusun.

Ujar Rosli, simptom-simptom dan gejala-gejala yang dihadapinya bukan sembarangan dan beliau sendiri ngeri melihat keadaan dirinya sendiri ketika itu.

Artikel berkaitan: Vaskulitis, penyakit radang pembuluh darah boleh beri implikasi luar biasa

Sehubungan itu, lelaki itu berpesan agar orang ramai yang mempunyai kondisi serupanya segera bertindak pantas.

"Jangan berlengah lagi kerana jika kita tidak bernasib baik, penyakit yang kita alami boleh melarat," pesannya.