ORANG ramai kini boleh membuat pemindahan dana ke dalam akaun Tabung Haji dengan lebih mudah menerusi perkhidmatan JomPAY.
Ini merupakan salah satu inisiatif Lembaga Tabung Haji (TH) dalam usaha menuju ke arah digitalisasi dengan menambah baik perkhidmatan digital kepada para pendepositnya.
Melalui JomPay, para pendeposit boleh membuat urusan pemindahan dana secara dalam talian ke dalam akaun simpanan TH pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Pengarah Eksekutif Operasi TH, Tuan Haji Mustakim Mohamad dalam kenyataan berkata, pengenalan ini secara tidak langsung dapat memudahkan lagi urusan para pendeposit.
Menurutnya, jumlah transaksi pendeposit yang menggunakan kemudahan perbankan internet dan pelbagai saluran dalam talian telah meningkat kepada hampir 80 peratus berbanding transaksi yang dilakukan di kaunter.
Dengan kemudahan tambahan ini akan memudahkan lagi para pendeposit untuk berurusan dengan TH.
Baca juga Isi borang permohonan BPR percuma! LHDN ingatkan orang ramai supaya tidak tertipu
Untuk makluman, JomPay Biller Code bagi simpanan TH adalah 60228 dengan 15-digit nombor Akaun Simpanan TH perlu dimasukkan sebagai Ref-1.
Wah! Lebih senanglah berurusan dengan TH.