SEBAGAI usaha yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu dan meringan beban golongan B40 dan M40 yang terkesan akibat pandemik Covid-19, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) telah diwujudkan.

BPR juga merupakan insentif yang kerajaan akan berikan menerusi belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul pada 6 November lalu, ianya merupakan pergantian kepada bantuan sedia ada iaitu Bantuan Sara Hidup (BSH).

Permohonan juga boleh dibuat secara online bermula pada 15 Januari sehingga 15 Februari ini melalui portal rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di pautan https://bpr.hasil.gov.my

Namun, baru-baru ini pihak LHDN menerima aduan mengenai adanya pihak tertentu yang menipu dengan mengenakan cas bayaran bagi khidmat pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Menurut LHDN dalam kenyataan di Facebook rasmi mereka hari ini, permohonan BPR adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemohon.

Isi borang permohonan BPR percuma! LHDN ingatkan orang ramai supaya tidak tertipu

Iklan

LHDN menegaskan bahawa mereka tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan khidmat pengisian borang BPR itu dan setiap permohonan yang diterima secara dalam talian mahupun borang kertas, disemak mengikut prosedur ditetapkan serta tiada keistimewaan diberikan.

Iklan

Jika korang masih ragu-ragu, pihak LHDN boleh dihubungi melalui talian hotline BPR LHDNM 1-800-882747 atau HASiL Live Chat dan mengisi Borang Maklum Balas dalam portal rasmi LHDNM https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/

Awas! Jangan tertipu! Periksa dahulu sebelum membuat sebarang transaksi jika ia mencurigakan.

Kenyataan Media LHDNM

PERMOHONAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT ADALAH PERCUMA

08 Februari 2021

Posted by Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia on Sunday, 7 February 2021