BAGI mengurangkan risiko dan menjaga jarak sosial pada musim pandemik Covid-19, Pos Malaysia kini menjalankan polisi penghantaran tanpa sentuh kepada pengguna dan mengamalkan penjarakan sosial.
Pos Malaysia mengatakan kod pengesahan 6 digit akan dihantar kepada penerima barangan melalui SMS dan penerima perlu membacanya kepada penghantar Pos Laju berkaitan.
Ia turut memastikan keselamatan pelanggan dan kakitangan terutamanya dengan keadaan semasa dan proses membendung di pintu masuk rumah atau pejabat penerima setelah kod disahkan, yang kemudian diambil setelah keberangkatan penghantar.
Namun dengan sistem penghantaran tanpa sentuh yang baru ini, pastikan nombor telefon bimbit yang diberikan kepada pengirim adalah betul dan terkini.
Ini akan memastikan korang akan menerima kod pengesahan 6 digit yang diperlukan semasa bungkusan dihantar.
Baca juga Hotel lima bintang jual nasi bajet RM2
Moga norma baharu yang dilaksanakan ini sekurang-kurangnya dapat membantu memutuskan rantaian Covid-19 di negara kita.
Sementara kita terus amalkan SOP kawalan kendiri #kitajagakita.