SEBELUM ini tular di media sosial yang mana demi kelangsungan hidup pekerja dan operasi hotel yang mengalami penurunan pendapatan dek pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Seorang pengurus hotel mengambil inisiatif menjual makanan di luar bangunan dengan harga RM3.

Di Terengganu pula, demi kebajikan 156 pekerja dan kelangsungan operasinya, Duyong Marina & Resort (DMR) mengambil inisiatif mewujudkan gerai nasi bajet RM3 untuk menjana pendapatan sampingan.

Selepas Pulau Pinang dan Terengganu, kini tiba giliran sebuah hotel bertaraf lima bintang di Melaka yang menawarkan nasi bajet dalam usaha untuk terus bertahan ketika sektor pelancongan masih ditutup ekoran pelaksanaan PKP.

Dengan sebungkus nasi bajet berharga RM2 yang dimasak sendiri oleh 12 orang chef hotel tersebut, pelanggan dapat satu set nasi putih bersama sejenis sayur dan sejenis ikan atau ayam mengikut pilihan.

Memetik laporan portal media tempatan, Ketua Jurumasak Hotel Hatten, Badrol Hisham Mohd Ali berkata, langkah itu diambil susulan tiada pelanggan yang menginap di situ selain restoran di dalamnya juga masih ditutup.

“Selain menambah pendapatan hotel yang terkesan dengan pandemik Covid-19, penjualan nasi bajet juga diharap dapat memberi sedikit kegembiraan kepada orang ramai yang terjejas pendapatan untuk mendapatkan makanan pada harga yang lebih murah.

“Kami membuat jualan nasi bajet ini bermula Jumaat lepas dan sambutan yang diterima amat menggalakkan apabila kira-kira 500 orang mengunjungi gerai setiap hari,” katanya.

Selain itu, menu masakan juga sering dipelbagaikan setiap hari bagi memberi pilihan kepada orang ramai.

Bagi menu nasi bajet ialah nasi putih bersama seketul ayam atau sepotong ikan serta sedikit sayur.

Selain itu ada juga pilihan lauk lain seperti ayam madu, ayam percik, ketam, kek dan biskut namun ia dijual dengan harga berasingan.

Iklan

Hotel lima bintang jual nasi bajet RM2Jualan pula bermula pada 12 tengah hari dan berakhir pada 8 malam setiap hari.

“Kami menawarkan menu yang berbeza setiap hari agar pelanggan dapat menikmati juadah yang berbeza dan tidak jemu dengan lauk yang sama.

“Penjualan nasi bajet akan dilakukan selama sebulan dan pihaknya akan mengambil tindakan lanjut berdasarkan perkembangan semasa PKP,” katanya.

Disebabkan ia murah maka tidak hairanlah ia juga kini tular dengan cepat di laman Facebook setelah salah seorang dari pembeli memuat naik status baru-baru ini.

Hasil perkongsian di Facebook juga memperlihatkan sokongan orang ramai terhadap inisiatif hotel tersebut.

Iklan

Rata-rata pembeli memuji kesedapan nasi bajet hasil air tangan chef yang sangat berbaloi.

Mana tidaknya tukang masak chef hotel, ini baru betul orang kata “harga warung makanan bertaraf hotel 5 bintang”.