Barang pos rosak atau hilang, MCMC ajar cara buat aduan jika syarikat kurier lepas tangan

Iklan
Barang pos rosak atau hilang, MCMC ajar cara buat aduan jika syarikat kurier lepas tangan

GARA-GARA sebuah rakaman video memaparkan sekumpulan pekerja syarikat kurier bertindak membaling barangan di sebuah gudang tular di media sosial sejak beberapa hari lalu, akhirnya sudah tiba masanya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk bertindak.

Mereka memandang serius insiden sekumpulan pekerja sebuah syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan yang tular baru-baru ini.

Iklan
Iklan

Oleh itu, MCMC dalam kenyataan telah mengarahkan syarikat kurier berkenaan untuk memberi penjelasan berikutan kes tular tersebut.

Artikel berkaitan : [VIDEO]7 Pekerja J&T Perak Akhirnya Mohon Maaf, Mogok Baling Barang Pelanggan

Iklan

Pada masa yang sama, MCMC turut memberi amaran keras kepada pengurusan syarikat kurier terbabit supaya mengambil langkah perlu bagi memperbaiki tatacara pengendalian bungkusan pelanggan mereka.

MCMC juga menyeru agar pihak pengguna memahami dan mengetahui hak mereka sebelum memilih perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat penghantaran.

Iklan

Antara dua langkah mudah yang boleh dibuat oleh pengguna sekiranya berhadapan dengan masalah kehilangan barang atau ingin membuat aduan adalah seperti berikut:

  • Segera hubungi penyedia perkhidmatan untuk membuat sebarang aduan dan tuntutan sekiranya berlaku kerosakan atau kehilangan barangan semasa dalam tempoh penghantaran.
  • Sekiranya pengguna tidak berpuas hati dengan resolusi yang ditawarkan, permohonan rayuan boleh dikemukakan kepada pihak MCMC di https://aduan.skmm.gov.my/ berserta maklumat lengkap supaya siasatan dan tindakan susulan boleh diambil.