BARU-BARU ini tular sebuah video pekerja syarikat kurier membaling bungkusan pelanggan.

Video berdurasi 15 saat itu menjadi perhatian ramai pihak menunjukkan lambakan timbunan bungkusan yang difahamkan mengalami kelewatan penghantaran.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet dan pelanggan yang kesal dengan tindakan pekerja terbabit kerana dikhuatiri akan merosakkan barangan dalam bungkusan.

Kejadian tersebut dipercayai mogok susulan majikan mengurangkan komisen kerja.

Sehubungan itu, semalam J&T dalam satu kenyataan memohon maaf kepada pelanggannya di seluruh negara berhubung kejadian berkenaan dan membaling barang pelanggan.

Menurutnya, insiden berlaku disebabkan kakitangan kurang jelas mengenai sistem pengagihan bonus sehingga menjadi punca kejadian mogok serta tindakan membaling barangan milik pelanggan oleh kakitangan syarikat itu.

Katanya, sebenarnya J&T sudah memberikan pembayaran pekerja akhir tahun selepas membuat pertimbangan komprehensif, bersesuaian dengan peraturan dan undang-undang bonus serta undang-undang perburuhan.

[VIDEO]7 pekerja J&T Perak akhirnya mohon maaf, mogok baling barang pelanggan

Baca juga Jana pendapatan lumayan bersama NIMS ADELICIOUSZ sejak usia 15 tahun

Tambahnya, bonus penuh dibayar kepada pekerja yang bekerja selama tempoh satu tahun dan ia (bonus) dibayar mengikut tempoh masa pekerja yang bekerja kurang dari satu tahun.

Iklan

Susulan daripada itu, menerusi video berdurasi 57 saat yang dimuat naik melalui Facebook J&T Express Malaysia-Perak, seorang daripada pekerja terbabit menegaskan dan menafikan terdapat isu dalaman atau potongan gaji membabitkan pekerja dan syarikat itu.

“Kami ingin jelaskan di sini tiada tindakan mogok. Sekali lagi kami memohon maaf kerana menjejaskan nama syarikat dan barang pelanggan rakyat Malaysia.

“Kami sedaya upaya akan memproses dan menghantar barang pelanggan secepat mungkin,” katanya.

Tindakan berkenaan sepatutnya tidak berlaku kerana ia melibatkan kepercayaan pelanggan yang menggunakan khidmat mereka.

Iklan

Bertindaklah mengikut saluran yang betul. Moga selepas ini tidak terjadi lagi kejadian sedemikian.