Hebat! Gadis ini lukis 17 Disney Princess berpakaian tradisi Melayu

Iklan
Hebat! Gadis ini lukis 17 Disney Princess berpakaian tradisi Melayu

BUKAN semua orang mempunyai kelebihan dalam seni melukis. Ia merupakan anugerah yang sangat bernilai jika memilikinya.

Begitulah juga dengan seorang gadis yang dikenali Farah Daim ini yang dikatakan telah melukis watak 17 Disney Princess memakai pakaian tradisi Melayu mengikut negeri.

Iklan
Iklan

Semua hasil lukisan peribadi tersebut dimuat naik di Facebook miliknya.

Iklan

Rata-rata memuji hasil karya yang cantik itu dan ada juga tidak setuju dengan warna kulit untuk negeri Pulau Pinang.

Iklan

Justeru Farah mengatakan semua watak Disney Princess itu bukan mewakili mana-mana negeri.

Menurutnya, dia mengambil masa selama tiga bulan untuk menyiapkan kesemua itu.

Farah juga berharap orang ramai tidak menyalahgunakan lukisannya.

Dalam ribuan komen diberikan warganet, SinarPlus tertarik dengan perkongsian @Wawawax Husna ini yang menyenaraikan dengan lengkap nama setiap Disney Princess tersebut.

  • Perlis - Anna
  • Kedah - Merida
  • Penang - Tiana
  • Perak - Rapunzel
  • Selangor - Esmeralda
  • N9 - Aurora
  • Melaka - Belle
  • Johor - Megara
  • Pahang - Pocahontas
  • Terengganu - Ariel
  • Kelantan - Elsa
  • Sabah - Moana
  • Sarawak - Kida
  • Indian - Jasmine
  • Chinese - Mulan
  • Singapore - Snow White
  • Brunei - Cinderella

Baca juga [VIDEO]”Niat sebenarnya nak sihat…”- Rina Harun

Betul ke nama semuanya ni? Peminat Disney Princess sila munculkan diri...

Sumber : Art of FarahDaim