[VIDEO]"Niat sebenarnya nak sihat..."- Rina Harun

[VIDEO]"Niat sebenarnya nak sihat..."- Rina Harun
[VIDEO]"Niat sebenarnya nak sihat..."- Rina Harun
A
A
A

MEMANG menjadi impian setiap wanita untuk memiliki wajah yang cantik dan badan yang kurus ramping bagi meningkatkan keyakinan diri.

Seperti semalam, hangat diperkatakan di media sosial mengenai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri Rina Mohd Harun apabila penampilannya yang semakin langsing meraih pujian warganet.

Ekoran itu, tular pula sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter @JustinTWJ memaparkan sedutan temu bual wartawan bersama Datuk Seri Rina.

Menerusi video yang berdurasi 30 saat tersebut, wartawan bertanyakan rahsia bagaimana ahli Parlimen Titiwangsa itu kelihatan semakin 'fit'.

Video berkenaan kelihatan beliau sedang ditemu bual dalam satu program, namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar video ‘interview’ berkenaan.

Cantik, kurus dan muda, penampilan Rina Harun jadi perhatian

Ahli politik yang berusia 47 tahun itu turut kelihatan ketawa sebelum membongkar aktiviti yang dilakukan bagi memiliki badan seperti itu.

"Saya berbasikal, selain mengamalkan diet yang sihat... yang penting niat sebenarnya nak sihat," katanya.

Terdahulu, rata-rata warganet terpesona dengan kejelitaan penampilan terbaharu Datuk Seri Rina yang nampak semakin muda, cantik dan kurus.

Sementara itu, Facebook Perikatan Nasional Fans turut mengatakan yang beliau kuat bekerja untuk rakyat sehingga badan menjadi kurus.

Artikel berkaitan: Cantik, kurus dan muda, penampilan Rina Harun jadi perhatian

Wah! jika begitulah, semoga perubahan beliau sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada kaum wanita bagi mendapatkan bentuk badan yang lebih

ideal.

Sumber: Twitter @JustinTWJ

p

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca