Jangan biasakan menahan kencing, ini risiko menanti!

Iklan
Jangan biasakan menahan kencing, ini risiko menanti!

AKAN tiba ketika di mana seseorang akan berusaha untuk cuba tahan kencing daripada keluar ekoran beberapa sebab tertentu.

Ia mungkin kerana tiada tandas berhampiran, sedang di dalam mesyuarat atau sekadar malas untuk bergerak ke bilik air.

Iklan
Iklan

Menurut hellodoktor, pakar menyarankan untuk membuang air kecil sekurang-kurangnya sekali setiap 3 jam.

Iklan

Ini bertujuan supaya pundi kencing tidak terlampau penuh terlalu lama sekali gus memastikan ia mampu berfungsi dengan lebih baik.

Iklan

Oleh itu, kita harus cuba untuk memastikan kekerapan ke tandas untuk membuang air sama ada kecil atau besar itu ideal okay!

Pundi kencing yang normal dan sihat boleh menampung sekitar ukuran dua cawan air kencing sebelum ia dipertimbangkan sebagai 'penuh'.

Tubuh badan akan memerlukan sekurang-kurangnya 9 ke 10 jam untuk menghasilkan dua cawan air kencing pada pundi kencing.

Dalam erti kata lebih mudah, tubuh badan mungkin boleh tahan kencing selama 9 ke 10 jam sebelum organ ini mengalami kerosakan.

Pun begitu, tempoh ini juga sebenarnya adalah terlalu lama dan korang elakkan melakukannya. Ini bahaya jika terlalu lama tahan kencing!

Ini terutamanya jika melakukannya secara berulang kali hanya kerana tidak muncul sebarang komplikasi buat kali pertama.

Berikut merupakan beberapa bahaya tahan kencing buat jangka masa panjang;

  • Jika tidak mengosongkan pundi kencing sekerap mungkin, ia mungkin akan mengakibatkan jangkitan saluran air kencing (UTI).
  • Jika sering melakukannya sebagai tabiat, pundi kencing boleh menjadi lemah lantas menyebabkan kondisi kencing tidak lawas.
  • Apabila menahan kencing selama 9 ke 10 jam atau lebih, pundi kencing akan mengalami retensi sekali gus menyebabkan air kecil keluar secara sendiri.

Baca juga "Bila dah cantik, hari-hari tunjuk muka. Bila dah kurus, hari-hari tunjuk badan”

Dalam beberapa kes, perbuatan ini mungkin boleh menyebabkan pundi kencing pecah dan kencing berdarah.

Jadi, jangan sesekali korang cuba untuk menahan diri setiap kali rasa ingin terkucil walaupun dengan pelbagai alasan yang ada.