SUDAH menjadi idaman setiap wanita untuk mempunyai badan yang langsing dan memiliki berat badan yang ideal.

Tiada jalan mudah untuk menurunkan berat badan. Selain mengamalkan diet seimbang, mengawal pemakanan juga amat penting di samping kuantiti dan jumlah kalori yang diambil.

Memang bukan semudah yang disangka kerana usaha untuk menurunkan berat badan perlu disertai dengan kesungguhan, disiplin dan semangat yang tinggi.

Namun sebaliknya apabila sudah kurus dan cantik, sesetengah daripada mereka mula menunjuk-nunjuk terutama di media sosial.

Mengharapkan pujian manusia sehingga terlupa batasan aurat yang perlu dijaga.

Ternyata ada benarnya teguran daripada Firdaus Shakirin ini.

Menurutnya, bila dah cantik, hari-hari tunjuk muka. Bila dah kurus, hari-hari tunjuk badan.

Iklan

“Masa kurang cantik, masa badan berisi, tak ada pun buat macam tu…persoalannya kenapa?

“Ia bukan berkaitan hak untuk post di media sosial sendiri, tapi ia pasal apa sebenarnya untuk korang buktikan.

“Cantik dan kurus untuk dapat pujian manusia yang lain? Untuk merasa kagum dan bangga dek pujian dan komen-komen manusia lain?

“Dia sedar dia dah cantik, dia sedar dia dah kurus, tapi dia post, “ala berisi la, pipi dah naik…”

“Pastu orang komen, mana ada, ok ja… nampak cantik dan kurus lagi. “Ye ker.. Tq tau”. Alahai, tak ke namanya ujub tu?” tulisnya di Facebook.

"Bila dah cantik, hari-hari tunjuk muka. Bila dah kurus, hari-hari tunjuk badan"

Katanya juga, bukan asbab cemburu.

Iklan

“Mohon rakan saya jauhi sikap ni. Masa cantik, rasa kurang yakin dengan diri. Gambar pun letak landscape, animasi, gambar kucing. Bila dah cantik, mekap tebal seinci, hari-hari tukar gmbar.

“Masa berisi, baju elok ja longgar, loose… tudung pun tutup dada. Bila cutting dah elok, baju jadi ketat dan tudung atas dada.

“Butang tu tinggal satu benang ja lagi nak tercabut.

Baca juga Jangan marah-marah, KKM kongsi 6 langkah mudah atasi sifat negatif tersebut

“Ini bukan soal cemburu, ini soal awak tu seorang wanita… aurat perlu dijaga dan dipelihara. Kalau bukan sebab ada suami, maka sebab ada ayah.

“Mereka ni akan dipertanggungjawabkan kalau tak tegur dan membiarkan awak buat macam tu setiap hari.

“Nak dengar, dengar. Tak nak dengar sudah. Nanti jangan menjerit sangat dalam kubur, ganggu orang lain ja,”pesannya.

Namun jika dilihat sekeliling kita, tak semua tapi kebanyakkannya macam tu. Moga kita dapat berubah ke arah kebaikan.