SEJAK kerajaan melaksanakan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), guru, murid serta ibu bapa terpaksa mengamalkan persekolahan dalam suasana norma baharu.
Ada yang seronok dan teruja untuk belajar secara maya di hadapan laptop, tablet mahupun komputer peribadi namun tidak kurang juga ada yang membuat muka kebosanan atau tidak muncul langsung dalam kelas online.
Tidak dinafikan pelbagai usaha terbaik dilakukan para guru untuk berkongsi ilmu termasuk merakam video interaktif untuk memudahkan anak murid faham.
Ternyata sesi pembelajaran yang dilakukan beliau amat menarik minat anak murid menyertainya. Buktinya setiap video yang dibuat mendapat lebih 10 ribu tanda suka.
Namun apa yang luar biasanya, bukan setakat murid seluruh negara yang teruja dengan video online Cikgu Fadli, warga emas pun turut kusyuk belajar Matematik!
Seperti perkongsiannya di Facebook, ada seorang si tua yang jauh lebih teruja daripada muridnya untuk bersama kelas live tersebut.
Kata cikgu Fadli, ayahnya yang juga Mantan Pengarah IPG Kota Bharu, Mohamed Salleh Hussain akan menonton setiap live beliau sehingga tamat.
Baca juga Promosi capati homemade ayah di Twitter, tindakan pemuda ini buat ramai…
Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Cikgu Fadli berjuraian air mata dan masing-masing meluahkan rindu pada ayah tercinta.
Begitulah kasih seorang bapa. Hargailah kasih sayang dan pengorbanan seorang ayah selagi mereka masih ada.