Hati-hati terjebak laman pencarian teman seperti Sugarbook, berisiko terkena 'love scam'

Iklan
Hati-hati terjebak laman pencarian teman seperti Sugarbook, berisiko terkena 'love scam'

BARU-BARU ini negara digemparkan isu berkaitan laman web Sugarbook.

Ia sekali gus mendedahkan ramai pelajar pengajian tinggi yang terlibat dengan aktiviti sosial sehingga membawa kepada kancah pelacuran melalui aplikasi tersebut.

Iklan
Iklan

Turut terpapar di pautan tersebut"laman ini disekat kerana atas kesalahan didakwa melanggari peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998".

Iklan

Berikutan itu, SKMM turut meminta orang ramai berhati-hati ketika melayari laman web mencari teman seperti Sugarbook yang kini sedang disiasat.

SKMM mengambil berat dengan gimik pemasaran laman cari teman Sugarbook baru-baru ini yang mendakwa semakin ramai wanita Malaysia, terutamanya penuntut universiti, menawarkan diri sebagai Sugar Baby di laman aplikasi tersebut.

Iklan

Sehubungan itu, SKMM menasihatkan pengguna aplikasi internet agar sentiasa berhati-hati memberikan maklumat peribadi ketika melayari media sosial atau aplikasi dalam talian, terutamanya untuk berhubung dengan orang-orang yang tidak dikenali contohnya di laman pencarian teman.

Artikel berkaitan: "Henti segala platform dan ruang elak pelajar universiti terjebak Sugarbook”