Dr Amalina terjebak buka akaun TikTok, kongsi ilmu perubatan

Iklan
Dr Amalina terjebak buka akaun TikTok, kongsi ilmu perubatan

APLIKASI TikTok adalah platform perkongian video popular yang membolehkan pengguna membuat dan memuat naik video pendek.

Sesetengah orang hanya mengaitkan aplikasi itu sekadar menari dan seksi namun pelbagai video menarik turut dikongsi warganya yang kreatif sudah tentu boleh memberi manfaat kepada orang lain.

Iklan
Iklan

Beliau yang sedang menyempurnakan kepakaran dalam bidang pembedahan awam di sebuah hospital terkemuka di London memaklumkan pada awalnya cuba untuk menjauhkan diri daripada terjebak aplikasi tersebut.

Iklan

Namun doktor cantik berusia 33 tahun itu akhirnya akur dan membuka akaun baru dan fokus untuk mendidik masyarakat tentang kesihatan dan melawan maklumat palsu.

Iklan

Setakat ini, akaun Dr Amalina telah berjaya meraih lebih 36,000 pengikut di laman berkenaan. Wah!

Menjengah video yang telah dimuat naik, Dr Amalina banyak berkongsi maklumat dan tips dunia perubatan antaranya tentang prosedur pembedahan, kepentingan vaksin dan memperbetulkan persepsi tentang produk kesihatan yang didakwa menyembuhkan penyakit kronik.

Pengumumannya di Twitter turut disukai lebih 16 ribu dan dikongsi hampir 6,000 pengguna.

Rata-rata pengikutnya bersetuju dan mengucapkan tahniah atas usahanya itu.

Baca juga Padah tuduh rider ‘curi’ makanan, majikan gantung kerja serta-merta

Terdahulu, Dr Amalina merupakan pelajar pertama negara berjaya memperoleh keputusan 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 2004.

Tahniah Dr Amalina! Semoga terus memberikan informasi yang berguna untuk masyarakat jadikan panduan.