BENAR kata pepatah Melayu, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya” yang bermaksud, berhati-hati apabila bercakap kerana ditakuti akan menyinggung perasaan orang lain dan menerima kesan yang sangat mendalam.

Begitulah yang dilalui oleh seorang lelaki yang menuduh penghantar pesanan makanan (rider) mencuri makanan yang dipesannya melalui aplikasi Grab Food dan akhirnya dia digantung kerja serta- merta oleh majikannya.

Lelaki itu pada mulanya merasa sangat kecewa apabila air minuman yang dipesannya di Starbucks tidak mencukupi ketika dihantar oleh rider.

Dia kemudiannya menuduh ‘rider’ tersebut mencuri salah satu minuman miliknya yang mendakwa memesan tiga cawan minuman terbabit, namun yang tiba hanya dua cawan seperti apa yang ditulis di Twitter miliknya.

Perkara itu kini tular di Twitter apabila majikan kepada lelaki yang dikenali sebagai Ezrin Nazan yang bekerja di syarikat Bateriku.com memaklumkan, tindakan gantung kerja telah diambil sementara siasatan menyeluruh sedang dilakukan akibat kenyataan yang dikeluarkan oleh kakitangannya agak tidak sopan.

Grab tambah peluang pekerjaan, perniagaan untuk belia

Iklan

Menurut posting tersebut, pihak Bateriku.com memohon maaf dengan tingkah laku kakitangan kontrak, Ezrin Nazan yang telah terlanjur kata dan bahasa dalam mengeluarkan komen yang tidak sopan berkenaan penghantar makanan Grab di laman sosial beberapa hari lalu.

“Di Bateriku.com, kami tidak bertolak ansur dengan sebarang perilaku tidak sopan sama ada di dalam atau di luar organisasi Bateriku.com,” menurut kenyataan Bateriku.com Twitter semalam.

Rata-rata warganet juga bersetuju dengan langkah yang dibuat oleh syarikat tersebut dan menyifatkan tindakan itu tepat dalam memastikan nama baik syarikat itu tidak tercalar dek kerana individu yang tidak bertanggungjawab.

Iklan

Susulan itu, akaun rasmi Grab Malaysia terus memberi respon di perkongsian tersebut dan menjawab setiap bungkusan yang ditempah akan terus di ‘seal’ sebelum dihantar kepada pelanggan.

“Tugas rider cuma datang ambil pesanan dan terus hantar pesanan yang telah dibuat kepada pelanggan.

“Isu rider ambil minuman untuk diri mereka sendiri tidak mungkin berlaku kerana mereka tidak dibenarkan buka sebarang bungkusan pelanggan,” katanya.