Sup tauhu telur berkhasiat sangat sesuai buat si diet

Iklan
Sup tauhu telur berkhasiat sangat sesuai buat si diet

PERNAH mencuba masak tauhu telur? Tauhu telur atau tauhu Jepun memiliki tekstur yang lembik dan lembut.

Berbeza dengan tauhu biasa, rasa tauhu telur pun tidak terlalu masam dan tidak keras.

Iklan
Iklan

Tauhu telur biasanya sedap dimasak sambal atau sos tiram. Namun kali ini kita cuba pula masak mengikut resipi sup.

Iklan

Sup tauhu telur boleh dimakan bersama nasi. Kanak-kanak pasti sangat menyukai sup tauhu telur kerana rasanya sama sekali tidak pedas.

Sup tauhu telur juga dapat dijadikan makanan alternatif untuk individu yang tidak suka makan daging.

Iklan

Bahan-bahan;

  • Tauhu telur, goreng dengan minyak betul-betul panas
  • Bawang putih dicincang
  • Serbuk lada hitam
  • Udang atau isi ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Cendawan shimeji atau fresh shitake
  • Lobak merah dihiris halus memanjang
  • Daun sup dihiris
  • Tepung ubi dibancuh dengan sedikit air (tepung jagung pun boleh).
  • 2 biji telur dipukul dengan garfu
  • Garam
  • Serbuk perasa (kalau suka)

Cara-cara membuatnya;

1. Tumis bawang putih dengan sedikit minyak. Masukkan udang atau ayam dan serbuk lada hitam.

2. Masukkan sos tiram, air dan cendawan.

3. Bila sudah mendidih, masukkan lobak merah dan perasakan dengan garam. Sambil kacau kuah sup tuang bancuhan tepung ubi. Jangan sampai bergentel.

4. Masukkan tauhu yang sudah digoreng.

5. Perlahankan api. Tuangkan telur yang sudah dipukul tadi secara lingkaran (maksudnya jangan tuang setempat).

6. Biarkan dalam dalam beberapa saat. Tutup api kemudian baru dikacau. Tujuannya supaya telur nampak seperti bertali.

7. Akhir sekali baru tabur daun bawang dan kacau rata.

Cuba juga [VIDEO] Nasi goreng simple, enak cara Marsha Milan

Selamat mencuba, semoga bermanfaat!

Sumber: Salina Ismail