BAGI golongan ibu yang sedang memikirkan sajian makanan malam ringkas, namun menyelerakan untuk santapan bersama keluarga, usah bimbang.

Barangkali, menu nasi goreng perkongsian daripada penyanyi kelahiran Sabah, Marsha Milan Londoh boleh dijadikan pilihan ideal.

Tambahan pula, bahan-bahan yang digunakan oleh beliau mudah didapati di dapur peribadi. Ia juga sesuai dinikmati anak-anak kerana tidak menggunakan cili yang banyak.

marsha milan
SELAIN aktif bersenam, Marsha yang merupakan anak kelahiran Sabah juga rajin memasak variasi sajian.

“Inilah resipi paling senang dan paling sedap. Sebenarnya, dalam video ini pun banyak yang saya tambah. Kalau tidak bahan-bahannya lima sahaja,” tulisnya menerusi laman sosial Instagram @marshamilan baru-baru ini.

Bahan-bahan:
– Nasi
– Majerin
– Telur
– Lada putih
– Perasa
– Bawang putih
– Lada atau cili
– Sayur campur

Cara penyediaan:

marsha milan
1- Cairkan majerin di dalam kuali.
2- Kemudian, masukkan hirisan bawang dan cili. Lalu goreng sehingga naik bau.
3- Selepas itu, masukkan pula sayur campur biarkan seketika.
4- Tambah tambah telur dan dihancurkan sebelum masukkan lada putih dan perasa.
5- Kacau nasi sehingga semua bahan-bahan sebati.
6- Sedia untuk dihidang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Madrid Milan London (@marshamilan)