Ayam singgang ala Thai menyelerakan

Iklan
Ayam singgang ala Thai menyelerakan

JIKA sudah jemu masakan sambal atau bersantan, apa kata mencuba menu singgang pula.

Biasanya menu singgang atau sesetengah tempat dipanggil asam rebus menggunakan ikan.

Iklan
Iklan

Mari cuba resipi singgang ayam versi Thai perkongsian Wan Haslina Wan Ibrahim ini.

Iklan

Resipi ini juga dipanggil ala Thai kerana ia adalah daripada mak mentuanya yang berasal dari seberang sana.

Iklan

[caption id="attachment_38223" width="1024"] Sup ayam power![/caption]

Bahan-bahan;

  • Ayam
  • Serai
  • Bawang merah dihiris
  • Bawang putih dihiris
  • Cili dihiris
  • Halia
  • Kunyit hidup dihiris
  • Air

Cara-cara membuatnya;

1. Tumiskan serai, bawang putih, bawang merah, halia dan cili sehingga naik bau.

2. Masukkan ayam dan kunyit hidup. Kacau sebati. Goreng sekejap.

3. Masak sehingga ayam empuk dan masukkan air, garam dan serbuk perasa.

4. Didihkan sehingga masak.

Cuba juga Sup tauhu telur berkhasiat sangat sesuai buat si diet

Selamat mencuba, semoga bermanfaat!

Sumber: Wan Haslina Wan Ibrahim