IKEA Cheras terpaksa ditutup sekali lagi akibat Covid-19

Iklan
IKEA Cheras terpaksa ditutup sekali lagi akibat Covid-19

HUJUNG Januari lalu, gedung perabut terkemuka, IKEA cawangan Cheras dilaporkan terpaksa menghentikan sementara operasinya susulan terdapat kes positif Covid-19 melibatkan seorang pengawal keselamatan yang bertugas di pusat pemborong perabot itu.

Terbaharu, IKEA Malaysia sekali lagi memaklumkan beberapa pekerja dan kakitangan perkhidmatan di cawangan sama sekali lagi disahkan positif Covid-19.

Iklan
Iklan

Dalam satu kenyataan, syarikat perabot itu memaklumkan semua yang terlibat telah kuarantin kendiri sehingga notis lanjut daripada pihak berkuasa.

Artikel berkaitan : IKEA Cheras Terpaksa Ditutup Gara-Gara Kes Covid-19, Pengguna Twitter Sindir,"Cawangan Damansara Ada Lagi”

Iklan

Menurut IKEA, kali terakhir pekerja mereka yang disahkan positif itu hadir bekerja ialah antara 8 hingga 14 Februari lalu.

Iklan

Tambah kenyataan itu lagi, pihak syarikat akan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak berkuasa sepanjang tempoh kuarantin yang telah ditetapkan.

"Kami akan terus melakukan semua langkah keselamatan yang diperlukan termasuk penggantian rakan sekerja, penelusuran kontak, ujian saringan, kuarantin untuk semua kontak rapat dan pembersihan premis,” jelasnya.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri, Najib Razak juga pernah mempersoalkan keputusan kerajaan apabila membenarkan perniagaan besar seperti gedung perabot IKEA dan rangkaian kedai emas Habib Jewels beroperasi semasa perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, tetapi peniaga kecil tidak dibenarkan berbuat demikian.

Najib berkata, kerajaan perlu adil kepada semua pihak, serta mempersoalkan apakah gedung perabot itu termasuk dalam perkhidmatan perlu (essential service), ketika ramai peniaga kecil lain tidak dibenarkan berniaga.

Akibatnya, setiap minggu ramai pengunjung dilihat membanjiri gedung perabut tersebut dan kanak-kanak serta warga emas juga dibenarkan berkunjung walaupun ia tidak digalakkan.