Selepas hasrat mengidam buah potong tercapai, wanita hamil buat sesuatu yang mengharukan warganet

Iklan

MENGIDAM adalah satu pengalaman yang biasa dialami oleh kebanyakan wanita mengandung.

Bagi Alina Farahin yang sedang hamil, keinginannya adalah ingin menikmati buah-buahan potong.

Iklan
Iklan

Tanpa beliau sangka, ALLAH pertemukannya dengan seorang lelaki warga emas yang menjual buah di sebuah stesen minyak di Masjid Tanah, Melaka.

Semua itu berlaku secara kebetulan apabila anaknya merengek mahu menikmati aiskrim.

Iklan

ALLAH memakbulkan permintaannya apabila berjumpa dengan pakcik berkenaan.

Iklan

"Sebak melihat kegigihan dan ketekunan pakcik itu berniaga kerana saya terus terbayang ayah di rumah.

"Kuatnya pakcik ini berdiri sampai pukul berapa beliau duduk di situ untuk habiskan jualannya.

Apa yang dilakukan Alina dan suaminya seterusnya cukup mengharukan warganet.

Mereka telah memborong kesemua 30 bungkusan plastik buah-buahan potong yang mana setiap satu bungkusan mempunyai lima jenis buah.

Kemudiannya, Alina dan suami mengagihkannya kepada orang ramai yang lalu di stesen minyak berkenaan!

Bukan itu sahaja, pasangan suami isteri itu turut menyumbang sekampit beras kepada lelaki warga emas berkenaan.

Baca juga Masih puji sifat terpuji anak walau ibu berkaki kudung ditinggalkan di tepi jalan

Sementara itu, Alina berharap agar sesiapa yang melalui kawasan berkenaan agar membantu membeli jualan buah potong yang diniagakan oleh lelaki itu.

Video yang berdurasi 3 minit 40 saat yang dikongsinya itu turut tular di media sosial.

Semoga dengan rezeki yang dikongsikan dapat membantu pakcik berkenaan meringankan bebanannya apatah lagi ketika fasa perit berhadapan dengan wabak kini.