Masih puji sifat terpuji anak walau ibu berkaki kudung ditinggalkan di tepi jalan

A
A
A

SEMALAM tular satu kisah yang amat menyedihkan yang mana seorang wanita warga emas ditemui ditinggalkan bersendirian oleh keluarganya dengan berkerusi roda di tepi jalan di Jalan Kebun, Shah Alam.

Lebih menyayat hati, wanita warga emas itu yang berseorangan di tepi jalan bersama lampin pakai buang dan beg pakaiannya.

Difahamkan, wanita warga emas yang juga kudung sebelah kaki, didapati masih mempunyai ahli keluarga.

Menerusi perkongsian di Facebook Lembaga Zakat Selangor (LZS), pihaknya mendapati, wanita itu merupakan asnaf fakir di bawah kendalian mereka dan masih mempunyai keluarga.

Skuad Saidina Umar LZS dan Ketua Operasi Agihan Daerah Kuala Langat bertindak segera turun pada 8.30 malam tadi bagi menyantuni wanita berkenaan.

Namun demikian, usaha menghubungi keluarga berjaya dilakukan, namun tidak mendapat kerjasama yang baik apabila tiada seorang waris yang sudi menjemputnya kembali ke rumah dengan pelbagai alasan.

Akhirnya, pihak LZS menyerahkan warga emas berkenaan kepada polis untuk tindakan lanjut.

“Polis telah menghubungi anak warga emas terbabit dan menjalankan sesi rundingan,” kata Zakat Selangor.

Bagaimanapun, anak wanita itu yang pada awalnya bersetuju mahu mengambilnya bertindak menukar fikiran atas alasan tidak boleh menjaga ibunya lagi.

Wanita warga emas itu turut memberitahu bahawa dirinya sudah lama tidak berjumpa dengan anaknya dan menggambarkan anaknya seorang yang baik.

Hati mana yang tidak tersentuh apabila seorang ibu masih mendoakan yang terbaik untuk anaknya. Kata wanita itu: “Dah lama acik tak jumpa anak, anak acik baik orangnya. "

Dalam entri Facebook yang sama, LZS memaklumkan wanita warga emas itu kini ditempatkan di pusat jagaan warga emas dengan kebenaran anaknya dan semua kos akan ditanggung oleh pihak mereka.

Sedihkan dengan sikap anak-anaknya yang melepaskan tanggungjawab menjaga emak mereka apabila sudah tua.

Kepada yang masih mempunyai emak, jagalah mereka sebaik mungkin. Ingat syurga di bawah telapak kaki ibu.

AIR MATA IBU BERLINANGAN BILA DITINGGALKAN DI TEPI JALAN.

Kami menerima info dari orang awam yang terjumpa seorang...

Posted by Lembaga Zakat Selangor on Saturday, February 20, 2021

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca