PEMILIK kenderaan yang didapati membuat kesalahan mengubah suai ekzos sedia ada hingga mendatangkan bunyi bising sehingga mengganggu ketenteraman awam akan berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan, selain denda maksimum RM2,000.
Menerusi satu kenyataan, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, mereka juga boleh dikenakan denda sehingga RM2,000, jika disabitkan.
Katanya, ia juga perlu dipastikan tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising. Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan.
Selain itu, Azisman berkata, mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, polis diberikan kuasa untuk menyita motosikal tersebut dengan tujuan untuk mengelakkan daripada kesalahan berulang.
Katanya, polis boleh menahan motosikal tersebut sehingga pemiliknya mengambil langkah-langkah bagi menjamin kesalahan berkenaan tidak berlaku lagi.
Katanya, pihak JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan jabatan dan agensi yang lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Menerusi operasi itu, setiap motosikal akan diukur bagi mengenal pasti sama ada pemilik mematuhi paras bunyi ekzos dibenarkan. Kompaun akan dikeluarkan JAS sekiranya melebihi paras bunyi ditetapkan.
Baca juga Kesan sampingan suntikan Vaksin Covid-19, ini apa yang perlu kita buat
Hati-hati semua ya! Segera bertindak mengubah semula kenderaan korang jika tidak mahu dipenjara dan didenda.