'Positif Covid-19 bukan penjenayah, tepis stigma negatif'- Alif Satar

Iklan
alif satar

Bait-bait persoalan sedemikian mula menerawang dalam benak fikiran penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar sebaik sahaja disahkan positif Covid-19 pada 22 November tahun lalu.

Iklan
Iklan

Hati siapa yang tidak gundah-gulana dan bersedih apabila menerima perkhabaran tersebut, apatah lagi penawar virus itu belum menemui penawarnya.

Ceritanya bermula ketika menjalani sesi penggambaran drama Penjara Janji di Melaka. Sama seperti sektor ekonomi lain, sektor industri seni kreatif juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19 bagi memerangi penularan wabak terbabit. Hanya tenaga produksi yang melepasi saringan ujian dibenarkan meneruskan tugas.

Iklan

[caption id="attachment_39203" width="819"] SELEPAS disahkan positif Covid-19, Alif bersama pembantu peribadi menjalani tempoh rawatan di Hospital Melaka, Melaka selama 12 hari.[/caption]

"Selepas beberapa kali menjalani swab (ujian saringan) alhamdullilah keputusan direkodkan adalah negatif. Biarpun tidak bergejala ataupun terdedah pada kontak rapat, saya memberi kerjasama mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Iklan

[caption id="attachment_39207" width="882"] SELAIN berbakat dalam bidang nyanyian, lakonan dan pengacaraan, Alif juga serius dalam sukan lasak triathlon dan pernah berjaya menamatkan misi Kejohanan Ironman Langkawi 2019.[/caption]

Maka, bermulalah episod baharu pengacara berusia 31 tahun itu menjalani tempoh kuarantin di Hospital Melaka, Melaka bersama pembantu peribadinya selama 12 hari.

"Fikiran semakin binggung apabila teringat berjumpa rakan-rakan artis di belakang pentas Muzik Muzik 35 Separuh Akhir. Adakah mereka yang ditemui berkemungkinan dijangkiti virus sama?," jelas pelantun lagu Jangan Nakal yang dirundum perasaan serba salah.

Sepanjang menjalani tempoh kuarantin, kesihatan Alif dipantau dari semasa ke semasa termasuk pemeriksaan paru-paru, tekanan darah dan ambil darah. Bagi memastikan dirinya kekal bertenaga anak kelahiran Kuala Lumpur itu aktif bersenam di sekitar koridor hospital.

Artikel berkaitan"Saya Rindukan Permaisuri…” – Perkongsian Alif Satar Buat Warganet Sebak

"Tatkala menghadapi ujian sakit itu, selain sokongan dan doa daripada insan tersayang dan sahabat, saya juga tidak berhenti memanjatkan doa kepada ALLAH SAW supaya manusia yang terkesan dengan wabak ini (Covid-19) segera sembuh.

Selain Alif, ibu bapanya, adik bongsu, makcik saudara dan pakcik saudara serta datuk beliau, Mohamad Che Noh berusia 91 tahun turut disahkan positif Covid-19.

Bagaimanapun, isteri, Sha Dila Halid dan tiga anaknya, Alisha Anugerah, 6, Ariana Mecca, 4, serta Muhammad Ali berusia dua tahun bebas daripada koronavirus.

[caption id="attachment_39204" width="1024"] ALIF memanjatkan kesyukuran apabila isteri, Sha Dila Halid dan tiga permata hatinya negatif daripada jangkitan Covid-19.[/caption]

Tepis stigma negatif

Berbicara mengenai stigma masyarakat terhadap bekas pesakit Covid-19, beliau yang turut berkongsi kisah kuarantin di channel YouTube Alif Satar untuk panduan umum.

Berkongsi hujah peribadi beliau terutamanya hashtag yang sering dilaungkan Alif, konsep itu seharusnya diterapkan dalam diri masyarakat supaya sentiasa menjaga individu sekeliling baik yang negatif mahupun bekas pesakit positif Covid-19.

Jangan sesekali wujudkan diskriminasi yang menambahkan lagi depresi kepada bekas pesakit wabak terbabit.

"Tidak dinafikan, sebahagian besar individu takut untuk mendekati bekas pesakit Covid-19 berkemungkinan kurangnya pendedahan maklumat mengenai koranavirus.

"Bagaimanapun, saya terharu kerana sepanjang berada di hospital, sementelah isteri pula kuarantin bersama anak di rumah, jiran-jiran yang ringan tulang membantu membeli barang dapur dan makanan serta sanggup membuang sisa sampah rumah kami," luah Alif yang komited menyebarkan mesej khidmat masyarakat bahawa 'Positif Covid-19 Bukan Penjenayah'.

[caption id="attachment_39205" width="1440"] ANAK jati Kuala Lumpur ini menyarankan agar tidak memandang serong dan memulaukan bekas pesakit Covid-19 menerusi kempen khidmat masyarakat  Positif Covid-19 Bukan Penjenayah.[/caption]

Bukan itu sahaja, pelakon Dia Semanis Honey, turut menyarankan masyarakat agar berhenti menunding jari dan meletakkan 100 peratus kesalahan atas bahu pesakit Covid-19.

Walhal, mereka sendiri tidak mahu dan tidak tahu punca dijangkiti virus yang sukar dilihat dengan mata kasar.

Budaya negatif ini bukanlah ciri-ciri yang baik sebagai rakyat Malaysia terutama sekali buat kita yang beragama Islam, agama yang menitikberatkan sifat kasih dan sayang bukan sahaja menjaga hubungan dengan ALLAH, tetapi sesama manusia.

"Benar, ada suara-suara sinis yang mendakwa sayalah penyebab kluster itu dan ini. Tidak kurang juga yang menyalahkan keengganan kekal berada di rumah sedangkan sakit. Jujur cakap, saya sendiri, waima pesakit lain pun tidak tahu dijangkiti Covid-19.

Hikmah Covid-19

[caption id="attachment_39206" width="906"] ALIF menyimpulkan semua perkara yang berlaku memberi keinsafan dan iktibar buat dirinya[/caption]

Menyentuh mengenai hikmah sepanjang memulihkan diri daripada virus korona tersebut, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Hartamas, Kuala Lumpur itu memanjatkan kesyukuran kepada ALLAH SWT.

Beliau menyimpulkan semua perkara yang berlaku memberi keinsafan dan iktibar buat dirinya.

Tutur Alif, tinggal di wad bangunan lama yang serba kekurangan dari segi infrastruktur keselesaan dikecapi pastinya tidak sama seperti beradu di kamar peribadi. Beralaskan tilam empuk dan dibuai kedinginan penyaman udara.

Pun begitu, persekitaran sedemikian sedikitpun tidak menganggu emosi, sebaliknya mengajar beliau erti sebuah kesyukuran.

"Walhal, saya yang diuji kesakitan ini (Covid-19) hanya berehat dan menanti makanan dihantar ke wad. Uniform pula sentiasa bersilih ganti selepas mandi," jelasnya.

Sebelum menutup bicara, Alif menzahirkan penghargaan kepada barisan hadapan pasukan perubatan dan doktor yang bertungkus-lumus menjaga pesakit Covid-19.

Meskipun berlencun menyarungkan set peralatan perlindungan diri (PPE), tetapi mereka tetap komited melunaskan tanggungjawab dengan sempurna.

Sempena ulang tahun SinarPlus pertama yang akan disambut esok, Alif mengharapkan sisipan gaya hidup dalam akhbar Sinar Ahad terus menjadi wadah utama kepada para pembaca pada setiap hujung minggu.

Kepada semua pembaca, jangan lupa ikuti Facebook Live SinarPlus pada pukul 7 pagi hingga 10 malam esok bagi mengikuti program-program yang menarik dihidangkan di samping memenangi hadiah lumayan setiap jam.

PROFIL

Nama: Muhammad Alif Mohd Satar

Nama karier: Alif Satar

Umur: 31 tahun

Tarikh lahir: 19 September 1990

Tempat lahir: Kuala Lumpur

Isteri: Sha Dila Halid

Anak: Alisha Anugerah, 6 tahun

Ariana Mecca, 4 tahun

Muhammad Ali, 2 tahun

Tinggi: 173 sentimeter

Karier: Penyanyi, pelakon, pengacara dan jurucakap produk

Antara lagu: Jangan Nakal, Khayal, Lelaki Seperti Aku dan Cukup Indah

Antara drama dan filem: Dia Semanis Honey, Tundukkan Playboy Itu, Pia dan Aliff Dalam 7 Dimensi

Antara pencapaian: Tempat ketiga program One In A Million musim pertama

Pelakon Lelaki Popular, Anugerah Telenovela 2017

Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular 2017

Pelakon Utama Terbaik, BOH Cameronian Arts Awards 2018

Tamat misi Kejohanan Ironman Langkawi 2019

Instagram: @alifsatar (3.3 juta jumlah pengikut)