SEMUA sedia maklum penyanyi, pelakon dan pengacara, Alif Satar sedang menjalani rawatan dan kuarantin akibat positif Covid-19 di salah sebuah hospital di Melaka.

Walaupun begitu, laman Instagram miliknya itu sentiasa dikemaskini dengan posting terbaharu perihal dirinya dan keluarga.

Kali ini perkongsian Alif sangat menyentuh hati dan perasaan warganet apabila dia muat naik sebuah foto dan berkapsyen rindu kepada isterinya.

"Rindu... saya rindukan permaisuri (queen) saya," tulisnya.

Namun apa yang lebih menambah sebak warganet apabila posting itu mendapat respon daripada isterinya, @shadilahalid.

Iklan

Rata-rata pengikutnya turut merasa pilu apabila melihat isteri Alif memberi komen "Sekarang saya tahu hidup tanpa awak tidak dapat ditanggung."

Iklan

Baca juga “Andai esok tak bangun, sekurang-kurangnya dah langsaikan” – Ini amalan Neelofa sebelum tidur

Warga maya turut mengambil peluang membalas komen isterinya.

Kata mereka;

teri_tasia_adelia - @shadilahalid - Inshaallah semuanya akan ok.

nurulmohdfandi - @shadilahalid - Hikmah di sebalik yang berlaku... kita saling memerlukan....moga tabah... Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar.

nhazirahhussin - @shadilahalid - Be strong InshaAllah skit lagi..sikit lgi.smoga dpermudhkn sgla urusan..aminn

fariani09 - @shadilahalid - Sikit lagi insyaallah di permudahkan segalanya.

normi_aziz - @shadilahalid - Stay strong. We feel u.

Selain pengikut, rakan-rakan artis turut meninggalkan kata-kata semangat termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Hattan, Naim Daniel, Elly Mazlein, Ippo Hafiz, Catriona Ross, Sharnaaz Ahmad, Anuar Zain dan ramai lagi.