ALHAMDULILLAH! Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan selepas zakat bagi tahun kewangan 2020 adalah 3.10 peratus lebih tinggi berbanding 3.05 peratus bagi tahun kewangan 2019.
Menurut TH, ia melibatkan bayaran berjumlah sebanyak RM2.24 bilion kepada sembilan juta pendepositnya, lebih tinggi berbanding RM2.14 bilion pada 2019.
Menurutnya, agihan keuntungan kepada pendeposit adalah selepas mengambil kira zakat.
Selain itu, jumlah deposit lembaga itu turut mencapai paras tertinggi dalam sejarah pada RM76.7 bilion yang mencerminkan keyakinan pendeposit terhadap Tabung Haji kekal utuh.
Baca juga Aduhai nikmatnya tembikai! Selain segar tinggi khasiatnya
Baki simpanan terkini boleh disemak di:
- Kaunter-kaunter cawangan TH, Bank Islam dan Bank Rakyat
- Laman sesawang www.thijari.com.my
- Portal internet bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB
- ATM bank-bank rakan strategik TH, iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank dan CIMB
Syukur, nampak gayanya senyum sampai telinga la korang yang membuat simpanan di TH kan!
Jangan lupa terus amalkan SOP bagi memutuskan rantaian Covid-19 di negara kita.