Selepas 23 tahun melalui pemindahan hati, Afiq Ikmal meninggal dunia

Iklan
Selepas 23 tahun melalui pemindahan hati, Afiq Ikmal meninggal dunia

KEMATIAN tak mengenal waktu, tempat dan usia.

Iklan
Iklan

Sebelum ini Mohd Afiq Ikmal yang dilaporkan kritikal sejak 13 Februari lalu telah menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati awal pagi tadi.

Berita sedih tersebut dikongsikan Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45, yang juga penderma hati kepada Mohd Afiq Ikmal.

Iklan

Akuinya yang terkejut kerana ketika melawat semalam bacaan jantung normal namun menerima dengan reda.

Iklan

Kongsinya lagi, beliau bersama pihak keluarga juga sempat membuat panggilan bersama Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Mohd Rustam.

Menurutnya, Mohd Ali antara individu yang mengikut rapat proses pembedahan pemindahan hati Mohd Afiq sewaktu menyandang jawatan sebagai Timbalan Menteri Kesihatan ketika itu.

Baca juga Kehilangan ayah tersayang ketika exam SPM, ramai doakan adik Haikal kuat

Jenazah dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang. Jenazah dibawa pulang ke kampung bapa Allahyarham di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah petang ini.

Baru-baru ini juga, portal berita tempatan turut melaporkan Mohd Afiq Ikmal dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati, selepas 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati.

Wan Mohd Hafizam yang tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan Mohd Afiq Ikmal membuat keputusan itu atas dasar kemanusiaan dan mahu membantu pemuda itu yang mengalami masalah hati bengkak ketika usianya 14 bulan.

Keberanian beliau yang menjadi penderma hati pertama Malaysia itu sekali gus membuka mata dan kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai kepentingan pendermaan organ.

Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Amin.