KEJUTAN dan kesedihan yang dialami selepas kehilangan seseorang adalah sangat berat.

Berhadapan dengan kehilangan seorang yang disayangi sememangnya tidak mudah terutama apabila pemergian mereka secara mengejut tanpa sebarang tanda.

Bak pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hanya kenangan dan memori yang tinggal tersemat di hati.

Apa yang lagi menyedihkan apabila kehilangan tersebut berlaku kepada diri kita yang sedang bertarung dengan peperiksaan yang akan menentukan masa depan kelak.

Begitulah situasi yang sedang dihadapi oleh salah seorang pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang baru saja kehilangan bapanya.

Begitu berat ujian yang ditempuhi oleh pelajar ini sewaktu dia menghadapi peperiksaan dan menerima berita sedih itu.

Menerusi perkongsian Badariah Mohd Mohaidin di laman Facebook Info Bencana Pahang & Luar Pahang berita sedih itu tular dan mendapat simpati ramai.

Rata-rata warganet doakan adik Haikal kuat dan tabah serta ada yang turut berkongsi kisah yang sama pernah mereka harungi.

Kehilangan ayah tersayang ketika exam SPM, ramai doakan adik Haikal kuat

Difahamkan, pelajar berkenaan dikenali sebagai Muhammad Haikal Iskandar itu merupakan salah seorang calon SPM yang telah diuji dengan pemergian ayah tersayang pada awal pagi tadi sebelum duduki kertas peperiksaan SPM kelmarin.

Berat dugaan anak ini apabila diuji dengan pemergian bapanya dan pada masa yang sama harus menduduki peperiksaan SPM.

Iklan

Baca juga Jururawat suntik PM vaksin Covid-19 kongsi pengalaman

Semoga Muhammad Haikal Iskandar tabah dan kuat menjawab semua subjek peperiksaan SPM dengan jayanya.

Iklan

Salam takziah buat Muhammad Haikal Iskandar dan keluarga, semoga mereka diberikan kekuatan berdepan dengan dugaan ini.

Semoga Allah menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.