SALAH satu kelebihan menggunakan dompet digital adalah pulangan tunai dan diskaun yang ditawarkan melaluinya.
Terbaharu, untuk bulan Mac 2021 ini, pihak Caltex Malaysia dan juga ShopeePay menawarkan pulangan tunai sehingga RM8 untuk belanja minima RM30 untuk isian petrol di Caltex.
ShopeePay adalah e-dompet rasmi Shopee yang dilesenkan sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia untuk membolehkan pengguna membuat pembayaran tanpa sentuhan di luar talian dengan selamat untuk menikmati potongan harga dan promosi tunai.
Tawaran Pulangan Tunai ShopeePay RM8 di Caltex ini sah pada 1 Mac hingga 30 April sahaja.
Dengan langkah ini, selain mengalakkan pengguna menggunakan transaksi nirtunai, pada masa yang sama pengguna turut boleh menikmati pulangan dan penjimatan ketika mengisi minyak di Caltex.
Baca juga KWSP umum permohonan i-Sinar sebelum 25 Februari terima bayaran hari ini
Maklumat lanjut boleh dapatkan di www.caltex.com.my
Jadi korang, jangan tunggu lagi! Ayuh rebut peluang penjimatan yang ditawarkan.