Pendaftaran murid Tahun 1 bagi tahun 2022 dan 2023 kini dibuka

Iklan
Pendaftaran murid Tahun 1 bagi tahun 2022 dan 2023 kini dibuka

BUAT ibu bapa yang mempunyai anak berumur lima atau enam tahun bagi memasuki persekolahan pada tahun hadapan, mohon ambil perhatian.

Kini pendaftaran persekolahan Tahun Satu bagi sesi 2022 dan 2023 telah dibuka.

Iklan
Iklan

Prosedur permohonan pendaftaran anak ke Tahun Satu tersebut mengikut pilihan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang rasmi Sistem Pendaftaran Dalam Talian KPM.

Iklan

Ibu bapa dan penjaga dinasihatkan peka terhadap tarikh permohonan pendaftaran sekolah anak-anak.

Iklan

Menurut pengumuman terkini dari laman sesawang rasmi Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) tarikh permohonan pendaftaran dibuka adalah pada 1 Mac 2021 hingga 30 April 2021.

Sila ambil perhatian terhadap tempoh masa yang diberikan kerana kelewatan mendaftarkan anak ke Tahun Satu selepas sistem permohonan ditutup akan merumitkan lagi proses permohonan.

Bagi ibu bapa dan penjaga yang pernah menggunakan SPATKPM mungkin tiada masalah untuk membuat permohonan terbaharu, mereka hanya perlu Daftar Masuk (Log In) ke dalam sistem berkenaan.

Namun kepada ibu bapa dan penjaga yang pertama kali menggunakan SPATKPM, boleh merujuk kepada langkah-langkah ini;

1. Sila layari laman sesawang rasmi Sistem Pendaftaran Dalam Talian Kementerian Pendidikan Malaysia (SPATKPM) , klik https://public.moe.gov.my

2. Pengguna pertama kali (ibu bapa atau penjaga) perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna sistem SPATKPM, klik pada butang"Pengguna Baru" dalam ruangan Daftar Masuk. Bagi ibu bapa / penjaga yang pernah menggunakan sistem SPATKPM hanya perlu log in ke sistem dengan menggunakan No Kad Pengenalan dan Katalaluan yang didaftarkan sebelum ini, kemudian klik butang"Daftar Masuk".

3. Pengguna baru perlu melengkapkan maklumat diri yang diperlukan seperti gambar di bawah bagi mendapatkan kata laluan untuk mengakses sepenuhnya sistem SPATKPM.

4. Untuk panduan selanjutnya dan lengkap, sila rujuk kepada Garis Panduan SPATKPM, boleh lihat di https://public.moe.gov.my/panduan/MUAT_TURUN.pdf

5. Sebarang pertanyaan lanjut dan masalah mengenai pilihan sekolah ataupun masalah pendaftaran akaun pengguna (ID Pengguna dan Kata Laluan). Ibu bapa / penjaga (pengguna) boleh menghubungi no telefon dan emel pegawai e-daftar mengikut negeri pendaftaran anak atau jagaan. Untuk butiran ini, sila klik https://public.moe.gov.my/?kpm=hubungi

6. Ibu bapa / penjaga yang telah berjaya membuat pendaftaran permohonan perlu mencetak bukti maklumat permohonan online. Tindakan selanjutnya yang perlu dilakukan akan diberitahu dalam sistem SPATKPM.

Baca juga Jangan abaikan rungutan anak jika mereka mengadu gatal pada bahagian dubur

Semoga bermanfaat!