Bakal raja sehari di Selangor dibenarkan majlis akad secara bersemuka mulai 8 Mac

Iklan
Bakal raja sehari di Selangor dibenarkan majlis akad secara bersemuka mulai 8 Mac

BERITA baik buat bakal raja sehari! Seperti ramai sedia maklum, akibat penularan dan peningkatan kes Covid-19 yang melanda negara, perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 terpaksa dilaksanakan semula awal Januari lalu.

Namun kini sejajar dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor mulai 5 Mac lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membenarkan semula pelaksanaan majlis akad nikah secara bersemuka mulai 8 Mac 2021.

Iklan
Iklan

Selangor termasuk dalam negeri yang dilaksanakan PKP sejak 13 Januari yang lepas.

Jadi sejak itu, Jais tidak membenarkan majlis akad nikah diadakan secara bersemuka sebaliknya di adakan secara atas talian atau sidang video.

Iklan

Bermula PKPB kelak, JAIS membenarkan semula secara bersemuka tetapi tertakluk kepada beberapa perkara yang telah ditetapkan.

Pelaksanaan di lokasi berikut :

Iklan

a. Lokasi - Masjid/ Surau Solat Jumaat/ Surau :

i. Had Kehadiran : 15 orang sahaja, tidak termasuk Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) dan dua orang saksi.

ii. Jumlah Pernikahan : Dua pasangan pada sesi pagi dan dua pasangan untuk sesi petang, atau jumlah yang dibenarkan oleh Ketua Pendaftar Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk.

iii. Hari dan waktu : Isnin hingga Ahad, 9 pagi hingga 5 petang.

iv. Majlis akad nikah hendaklah dilaksanakan di mana-mana ruang atau bahagian yang bersesuai di masjid/surau.

v. Jadual penggiliran pasangan perlu dibuat oleh PPP.

b. Lokasi - Rumah :

i. Had Kehadiran : 20 orang sahaja, tidak termasuk PPP dan dua orang saksi.

ii. Hari dan waktu : Isnin hingga Ahad, 9 pagi hingga 5 petang.

Baca juga Pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar KSWP bagi yang ada pendapatan bulanan wajib kena zakat

c. Lokasi - Premis berbayar :

i. Had Kehadiran : 20 orang sahaja, tidak termasuk PPP dan dua orang saksi.

ii. Hari dan waktu : Isnin hingga Ahad, 9 pagi hingga 5 petang.

Jumlah pernikahan bagi setiap PPP adalah dihadkan kepada 10 pasangan setiap hari.

Semua individu yang hadir hendaklah direkodkan kehadiran mereka, diambil suhu badan, memakai pelitup muka dan memastikan penjarakkan 1.5 meter antara satu sama lain.

Pelaksanaan majlis akad nikah hendaklah mematuhi SOP Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sepenuhnya.