ALHAMDULILLAH, orang ramai sudah mula mendapat bayaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Kategori 2.

Seperti diketahui umum bantuan skim i-Lestari dan i-Sinar adalah bertujuan mengurangkan bebanan rakyat kesan pandemik Covid-19.

Baru-baru ini juga KWSP telah mengumumkan bahawa permohonan i-Sinar yang dibuat sebelum 25 Februari akan diberi kelulusan secara berperingkat dan bayaran pula telah dibuat berperingkat bermula 2 Mac lalu.

Namun, tahukah korang pengeluaran kedua-dua skim ini perlu dizakatkan?

Zakat KWSP ini dikenakan kepada umat Islam kerana konsepnya sama seperti wang simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-wenangnya seperti akaun simpanan biasa.

Secara umumnya, wang KWSP ialah wang daripada pendapatan seseorang hasil daripada pekerjaannya yang disimpan di dalam akaun simpanan pekerja kerana tertakluk di bawah akta KWSP.

Pengeluaran i-Lestari dan i-Sinar KSWP bagi yang ada pendapatan bulanan wajib kena zakat

Berdasarkan Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangir 2013 (Pindaan) berkaitan pengeluaran simpanan KWSP sebelum mencapai umur 55 tahun, menyatakan bahawa zakat WAJIB dikenakan ke atas jumlah KWSP yang dikeluarkan.

Oleh itu, setipa pengeluaran KWSP melalui skim i-Lestari dan i-Sinar WAJIB dizakatkan sekiranya mencukupi syarat-syaratnya.

Walau bagaimanpun, berikutan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan kerajaan serta kesan kegawatan ekonomi akibat wabak ini, berikut adalah ketetapan berkaitan kewajipan zakat ke atas pengeluaran KWSP i-Lestari dan i-Sinar.

1. Pengeluaran KWSP kerana ketiadaan atau terjejas sumber pendapatan;

Pengeluaran i-Lestari atau i-Sinar KWSP dilakukan dalam keadaan terpaksa akibat ketiadaan atau terjejasnya sumber pendapatan yang mampu menampung keperluan hidup asasi diri dan tanggungan, maka Zakat TIDAK DIWAJIBKAN sekiranya pengeluaran dilakukan dalam keadaan sebegini.

Pencarum KWSP kategori 2 bagi ahli yang terjejas pemotongan 30% pendapatan

Iklan

2. Pengeluaran KWSP tetapi mempunyai sumber pendapatan yang mampu menampung diri dan tanggungan;

Pengeluaran i-Lestari atau i-Sinar KWSP yang dilakukan dalam keadaan pilihan kerana masih mempunyai sumber pendapatan yang mampu menampung keperluan hidup asasi diri dan tanggungan, zakat DIWAJIBKAN ke atas seluruh pengeluaran yang dilakukan.

Ini kerana pengeluaran seumpama ini adalah atas dasar pilihan dan bukan atas darurat.

Iklan

Oleh itu, ia tertakluk dengan keputusan Jawatan Kuasa (JK) Fatwa Negeri Selangor sebagaimana perkara yang dimaklumkan di atas.

Artikel berkaitan: KWSP Umum Permohonan I-Sinar Sebelum 25 Februari Terima Bayaran Hari Ini

Semoga bermanfaat buat semua.